Comments

THAILAND TO MALAYSIA. SEMOGA HUBUNGAN KITA ERAT

Cheq berketurunan MAHSURI? Haaa..



Bukan nak bikin cerita. Tapi entri kali ni bukan nak cerita pasal Mahsuri. Tapi pasal hari ni cheq dapat mengeratkan silaturahim dengan keluarga cheq dengan keluarga di Phuket, Thailand. Betul kata orang, zaman sekarang ni semuanya kian mudah.Kalau dulu saudara mara yang jauh, nak jumpa atau berhubung tak tentu lagi dapat berjumpa. Tapi sekarang, dengan adanya kemudahan canggih ni, sekali klik je dah jumpa. Siap dengan info dan keterangan lanjut lagi. 

Sebenar arwah atok cheq dulu keturunan Thailand. Tapi dia lahir di Kedah dan dibesarkan di Kedah. Bila saudara yang lain balik ke Phuket, arwah tok wan tak ikut sebab dia duduk dengan moyang cheq. Kebetulan pulak moyang dah ada tanah dekat sini. Jadi moyang pun meluaskan keturunan dia di Kedah. Tapi moyang pada atok cheq dah balik ke Phuket. Jadi tinggalah tok wan sekeluarga dengan mak ayah dia. Macam pening tak? Hehehehe. 

Masa makin berlalu, jadi perhubungan tu macam dah terputus. Tapi tok wan masih lagi pulang ke Phuket. Sebelum tok wan meninggal, keluarga belah phuket ada datang melawat. Jadi permintaan mereka supaya hubungan ni tak diputuskan. Ingat tak pada Aisyah, keturunan ketujuh kalau tak silap cheq dalam salasilah keluarga Mahsuri. Dia dengan ayah cheq kira dua pupu. Tapi disebabkan mereka dapat liputan meluas jadi ahli keluarga yang lain ambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga di sini. 

Masa kenduri kahwin kakak cheq dulu, satu bas mereka datang nak meraikan sama-sama. Tapi masa tu masing-masing terbatas untuk berhubung disebabkan masalah bahasa. Jadilah macam itik dengan ayam. Nasib baik ayah cheq dan beberapa lagi ahli keluarga masih ada yang boleh bercakap bahasa siam. Jadi mereka dilantik secara automatik sebagai juru bahasa. Terima kasih abah! Lepas pada tu mereka dah tak datang melawat. Terakhir berita yang kami dapat banyak saudara cheq terkorban akibat tsunami. 

Kini dah bertahun, akhirnya ikatan ni dieratkan semula. Nasib baik ada facebook. Jadi abah pun dah banyak kali terima lawatan dari mereka. Sekarang mereka berhubungi melalui abah. Dan cheq juga dah dapat berhubung dengan saudara di sana. Seronok sangat dapat tambah kenalan dari Thailand. Lepas ni bolehlah cheq luaskan kuasamu dekat sana pulak!! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top