Comments

RESEPI BIHUN KARI PETANG JUMAAT


Macam mana? Nampak menarik tak? Macam yang dekat kedai punya tak? 
Banyak betul soalan kan? Hehehe.. Yang ni sebenarnya hasil air tangan buatan cheq ok! Ceritanya nak buat bihun kari dari minggu lepas lagi. Tapi tak kesampaian sebab tak bertemu dengan cik kerang. Jadi rasa ala-ala mengidam tu terpaksalah disorokkan. Nak beli dekat kedai cheq memang payah sikit nak menerima makanan luar ni. Ha, ayat berlagak macam chef! Bukan apa, rasa macam tak puas pulak. 

Kebetulan pulak hari ni cuti, cheq sempat ikut kakak cheq pergi ke pasar. Dalam berjalan mencuci mata ternampak cik kerang setimbun depan mata. Tiba-tiba teringat pasal hutang mengidam bihun kari minggu lepas. Terus sambar 3 kilo sekali dengan tuk mencicah dengan sos nanti. Jadi bila semua bahan dah cukup, terus balik rumah, sediakan perkakasan nak memasak. Sedia bertarung dekat dapur untuk sediakan bihun kari. Jom cheq nak kongsikan resepi bihun kari "femes" cheq ni. Mana tau korang nak cuba pulak lepas ni!

BAHAN UNTUK BIHUN KARI

BAHAN UTAMA
 - BIHUN (sebab cheq tak gemar dengan mee)

BAHAN UNTUK KUAH KARI
- bawang besar
- bawang putih
- halia
 (kisar 3 serangkai ni hingga hancur)
- bunga cengkih
- kulit kayu manis
- serbuk kari daging dan ayam
- daun kari
- kentang
- tulang ayam (lebih sedap dan tak muak)
- kerang (rebus sekejap)
- fish ball
- fish cat
- santan 
- gula & garam secukupnya

CARA PENYEDIAAN
  1.  Masukan bunga cengkih dan kulit kayu manis dan gorengkan dengan minyak sekejap. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau, masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
  2. Bila dah pecah minyak, masukkan sedikit air dan kacau biar sebati. 
  3. Masukkan kentang dan biarkan sekejap. Dala tempoh 5 minit masukkan ayam dan gaul lagi. 
  4. Masukkan fish ball, fish cat dan kerang. Tambahkan air untuk renehkan bahan. 

Bila dah mendidih, masukkan santan dan gaul perlahan. Buka api perlahan dan masukan garam dan gula. Bila dah mendidih, padamkan api dan siap!




✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 
✿✿ fiesyadam@gmail.com 
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top