Comments

RAWAT PENYAKIT DENGAN PETUA SEMULAJADI










PETUA DARI BAHAN SEMULAJADI

Entri kali ni cheq nak kongsi beberapa petua yang boleh kita amalkan kalau sesuatu menimpa kita atau anak kita. Hanya menggunakan bahan semulajadi yang kita sendiri tak tahu khasiat sebenarnya. Semuanya daripada sumber makanan dan tumbuhan. Dan menariknya bahan yang kita gunakan tu semuanya ada di dapur rumah kita! 

Jom kita tengok antara tips yang nak cheq kongsikan kali ni dengan korang. Mana tahu lepas ni bolehlah dipraktikan. 

TIP DAN PETUA 

KURANGKAN PANAS BADAN BAYI


  • Jika anak kita demam dan suhu badannya tinggi, ambil segenggam asam jawa. Ramas asam jawa dengan sedikit air. Kemudian lumurkan sedikit demi sedikit bancuhan asam jawa tadi pada kepala anak. Insyaallah panasnya akan beransur sembuh. Selalunya petua ini diamalkan kepada bayi juga. 
KEMPISKAN PERUT 

Bagi mereka yang mengalami masalah perut buncit. Terutamanya ibu-ibu yang baru lepas melahirkan, cubalah petua mudah ini. Ambil sebiji peria bersaiz sederhana dan potong kecil-kecilan dan dikisar bersama sedikit gula dan air. Amalkan minum setiap pagi sebelum makan. Untuk rasa lebih enak simpan dalam peti sejuk.



HILANGKAN KUTU
  • Masalah kutu memang payah nak diubati. Cara ini mungkin dapat bantu korang lepas ni. Ambil beberapa ulas bawang putih, buangkan kulitnya dan tumbuk lumat. Campurkan dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Akhir sekali balut kepala dengan kain selama sejam sebelum dicuci.
LEGAKAN BATUK


  • Kalau korang batuk dan dah cuba bermacam cara tapi masih tak beransur pulih. Apakata cuba petua ini. Ambil satu sudu makan madu dan campurkan dengan air perahan limau nipis dan makan. Amalkan sehari tiga atau empat kali hingga batuk beransur pulih. 
SEMBUHKAN LUKA
  • Sapukan lendir lidah buaya atau aloe vera pada tempat luka. Pasti luka akan makin sembuh dan tak memeritkan. 
Semoga korang mendapat manfaat daripada petua dan tip ini. Selamat mencuba! 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 
✿✿ fiesyadam@gmail.com 
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top