Comments

PETUA DARI DAPUR BERSAMA MEK TIE

PETUA DAPUR

Kali ni mek tie nak bawakan petua dari dapur pulak. Selalu bagi petua untuk kecantikan dan kesihatan. Entri kali ni nak tukar angin sikit. Petua untuk kemudahan ketika memasak dan penggunaan alat memasak. Kadang kala kita pun pening nak tahu kenapa masak daging tak jadi lembut. Kenapa gulai ni rasa macam ni. Macam - macam soalan lah bermain dalam kepala. Jadi harapan mek tie supaya dengan perkongsian petua dari dapur bersama Mek Tie ni dapat membantu korang. 

  • ASAM KEPING LEMBUTKAN DAGING
untuk memastikan daging yang kita masak tu tak liat. Jadi lebih empuk dan lembut, masukkan beberapa keping asam jawa ke dalam air rebusan daging. Biarkan sehingga air rebusan kering dan perap semalaman. 
  • KURANGKAN LENDIR BENDI
petua untuk penyelesaian ni mudah saja. Rebus bendi dalam air mendidih tanpa memotong bendi terlebih dahulu. Bila bendi dah lembut, keluarkan dan tos. Masukkan bendi kedalam masakan yang kita nak diakhir proses memasak.
  • DAGING KAMBING TIDAK HAMIS LAGI
atasi masalah bau hamis daging kambing dengan beberapa helai pucuk daun jambu. Ramas bersama-sama daging dan toskan. Kemudian basuh daging menggunakan air bersih. 
Perapkan daging kambing bersama halia dan beberapa ulas bawang putih yang telah ditumbuk.

  • HILANGKAN KESAN KOTORAN PADA PAPAN PEMOTONG
bagi membersihkan papan pemotong yang dah berkarat, perahkan sebiji limau nipis bersama garam di atas permukaan papan pemotong. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan bilas dengan air dan sental dengan menggunaka dawai pencuci. 

Semoga bermanfaat kepada korang! 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top