Comments

JANGAN PANDANG ORANG LAIN SEBELAH MATA.



KESEDARAN SIVIK DALAM DIRI KITA

Dah tengok video dekat atas? Banyak pengajaran yang kita dapat. Walaupun bukan dekat negara kita tapi sebenarnya perkara macam ni turut berlaku dekat negara kita. Betul tak? Suka cheq dengan cara dorang sampaikan pesanan. Cheq tertarik hati nak kongsi video ni sebab penyampaian dia. Jangan kita pandang orang lain sebelah mata. 

Rasanya sekarang ni banyak dah video yang macam ni dikeluarkan untuk melihat kesedaran dalam diri masyarakat kita. Walaupun berlaku dekat luar negara. Cheq tak pernah mengalami pengalaman macam ni. Tapi rasanya dekat negara kita sendiri berapa banyak gelandangan. Tapi alhamdulilah masyarakat kita sekarang dah lebih prihatin. Banyak aktiviti sosial yang ada dibuat untuk membantu mereka yang tidak ada tempat tinggal atau keluarga miskin. 

HANYA MEREKA YANG MENGHARGAI MEMAHAMI

Tengok pada video ni, nampak bukan beza diantara orang yang senang dengan orang susah. Mereka tahu macam mana peritnya hidup. Sebab tu dia tak kekok nak berkongsi makanan dengan orang lain sebab dia tahu macam mana peritnya. Kalau buat macam ni di negara kita agaknya apa yang berlaku? 

Pengajaran yang kita dapat dari video ni, belajar untuk hargai orang lain walau macam mana keadaan dia sekalipun. Mungkin ada yang anggap golongan macam ni sengaja nak mencari jalan mudah untuk teruskan hidup. Tapi kita pun bukanlah sesempurna mana pun. Mungkin ini ujian hidup mereka. Entah esok lusa kita pulak! Jadi lepas ni, jom kita sama-sama bantu kalau ada yang minta bantuan. Bantulah setakat mana yang kita mampu. Banyak pulangan pada kita nanti! Insya Allah..


*********************************************************************************

DAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top