Comments

HOGOH PAHANG HOGOH


TAHNIAH UNTUK PAHANG


Yeayyy. 2 tahun berturut-turut mengekalkan kejuaraan! Tahniah. Tetiba jadi semangat pula tengok bola. Kenapakah? Tapi sebenarnya tak minat tahap gaban. Tapi disebabkan perlawanan menentang Johor Darul Takzim. Itu yang datang aura semangat kesukanan tu. Cik suami cheq orang Johor kot! 

Nak buat macam mana kan. Adat permainan ada menang kalah dia. Tapi yang penting semangat kesukanan tu. Seronok tengok anak-anak pun turut serta menyokong walaupun tak tahu apa-apa. Nak pulak dalam rumah cheq ada 2 orang kelahiran johor. Jadi majoriti menyokong johor. Tinggallah daku keseorangan menyokong pasukan tanah kelahiran. 

Aktiviti bahan membahan dah berlaku seawal jam 10 pagi. Tak apa cheq diamkan. Siap dengan makanan spesial untuk perlawanan malam semalam. Mula je perlawanan dah terpacak 3 penyokong JDT depan tv. Cheq bagi can la dekat dorang. Walaupun gol pahang yang pertama memecah kesunyian jiwa! Seronok weh!!

Perlawanan dah lepas, nak buat macam mana dah takdir pahang juara bertahan. Terima sajalah. Buat penyokong JDT jangan putus harapan. Tahun depan korang dah tahu mat yo tak leh ikut serta dalam penalti! Hahahahah. 

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top