Comments

DENDA ANAK

PERLU ATAU TIDAK KITA MENDENDA ANAK?

Sabda Rasullah SAW yang bermaksud :

"SURUHLAH ANAK -ANAK KAMU MENDIRIKAN SOLAT KETIKA MEREKA BERUMUR 7 TAHUN  DAN PUKULLAH JIKA MEREKA ENGGAN APABILA BERUMUR 10 TAHUN"

Tapi maksud pukul bukan boleh pukul sesuka hati. Tapi terdapat kawasan yang haram di pukul umpamanya muka dan bahagian yang sensitif serta boleh mendatangkan kecederaan. Tapi tengok pada kes yang banyak sangat di surat khabar tentang penderaan. Naik seram pulak cheq. Jadi entri kali ni cuma nak mengupas tentang isu ini.

DEFINISI DENDA


Denda merupakan cara yang paling biasa digunakan oleh ibu bapa untuk mendisiplinkan anak mereka. Istilah denda ni membawa maksud kepada perbuatan seperti memukul, memarahi, merotan, mencubit, mengurung dalam bilik atau memulau seketika. Walaupun nampak cara ni berkesan. Tapi sebenarnya kurang sesuai. 

Tapi tak bermaksud tak boleh mendenda anak langsung. Tapi kadang kala terdapat masa-masa yang memerlukan kita untuk menjatuhkan hukuman denda pada anak kita. Denda ni boleh dianggap sebagai jalan terakhir setelah semua lagkah kita dah ambil pada anak kita. Namun masih tak berjaya. 

KESAN BURUK DAN LANGKAH MENCEGAH 

Denda sebenarnya membawa kesan keburukan daripada kebaikan. Kesan buruk bila kita selalu jatuhkan hukuman denda akan mewujudkan perasaan marah, benci, menyembunyikan kesalahan dan emosi anak jadi tak stabil. 

Terdapat langkah yang bolehkita ambil sebelum kita menjatuhkan hukuman denda. Contohnya sebelum mengambil keputusan untuk mendenda, kita boleh memberitahu dan sebutkan secara terang kesalahan yang anak kita lakukan. Tunjukkan cara yang betul dan memujuk dengan cara lemah lembut. Memberitahu keburukan perangai mereka dengan nada untuk menunjukkan benda itu salah. Bukan dengan niat untuk menghina. 

Lakukan beberapa langkah dahulu sebelum sampai ke tahap memukul. Contohnya kita boleh memulaukan anak dahulu, memberi nasihat. Tapi jika masih berdegil baru fikir jalan terakhir. Namun pastikan kaedah memukul yang diizinkan oleh Islam.. Jadi lepas ni cheq pun nak kena kaji balik tindakan cheq pada anak!


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top