Comments

CHEF MENJADI MANGSA BULI

BERITA GEMBAR

Isu buli sekarang makin hari makin menjadi. Terbaru kes buli yang berlaku ke atas seorang chef junior. Apa nak jadi dengan dunia hari ni. Kadang rasa macam duduk dekat Mexico pulak. Yelah sana kan macam kes-kes buli dan vandalisme ni perkara biasa bagi dorang (banyak tengok movie cheq ni).

Balik pada kisah buli chef yang cheq beritahu tadi. Sebenarnya kes ni terjadi depan mata cheq sendiri. Tapi yang peliknya selalu kita dengar yang senior membuli junior. Tapi yang berlaku depan mata cheq ni sebaliknya. Cheq siarkan gambar mangsa buli dan pembuli untuk tatapan semua.

pembuli berbaju biru tengah memerhati mangsa
Ha, nilah dia pembuli junior dan pemangsa. Hahahaha. Kisah pasal anak cheq. Tengah duduk memikir nak menulis entri untuk malam ni tiba-tiba berlaku aksi buli depan mata. Nasib dapat snap aksi ketika membuli. Jom layan aksi pembulian antara dorang ni.








Kakak tak dapat nak mengelak kepantasan adik. Tahu-tahu je kakak suka dalam duka! Aduhai anak, dapat juga cheq hilangkan keserabutan kepala malam ni. Sebab ape tajuk cheq? Sebelum kejadian dorang tengah main masak-masak. Agaknya si adik tak berpuashati dengan menu kakak. Adik tunjuk protes!


Itu gambar sebelum kejadian buli tadi. Tapi lepas aksi buli dan slot drama hindustan papa pun menjalankan tanggungjawab sebagai pegawai Naruto. Kata-kata nasihat dan adegan maaf memaafkan dibuat dan adik diterangkan keburukan aksi yang dia lakukan. Walau macam mana pun, ini salah satu cara nak bagi kemesraan antara dorang kekal sampai ke besar. Kita sebagai ibu bapa kena mainkan peranan. Jom layan gambar bahan bukti kesan dari kes buli tadi.

kesan buli 
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top