Comments

BILA SEKOLAH JADI TEMPAT BERGUSTI

Siapa tengok berita semalam, minggu ni? Dekat Malaysia ni kalau keluar isu pasal dera akan bersambung siri demi siri. Dah macam bermusim pulak. Minggu ni kita dikejutkan dengan kes buli pelajar di sekolah. Lepas satu kes ke satu kes buli dilaporkan di akhbar dan berita.


Yang terbaru semalam. Kalau tengok dari fizikal yang kena buli tu rasanya dalam 13 ke 14 tahun. Tapi tukang buli tu badan berkali ganda. Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang. Dan yang menariknya kes macam ni bukan seorang dua yang terlibat. Masing-masing nak menguji ilmu ultraman yang ada dalam diri mereka. Tapi bahan ujikaji tu tak setanding dengan mereka.

Cuba uji tahap kepakaran korang dengan badan yang sama besar, sama umur. Nak jugak tengok jadi apa. Cheq kesian tengok adik - adik yang kena buli tu. Merayu tapi tetap kena. Mungkin yang membuli ni tak ada adik. Sebab tu mereka berani buat. Kalau ada adik rasanya tak berani nak turut serta. Atau emosi balas dendam yang ada dalam diri dorang. Sebab ada kajian mengatakan orang yang suka membuli ni, latar belakang mereka kebanyakan daripada mereka turut pernah dibuli.

Semoga anak - anak kita pada masa akan datang lebih berfikiran terbuka. Sebab cheq pun ada anak jadi tak mahu perkara sebegini menimpa anak cheq. Jawabnya cheq kena hantar anak ke pusat latihan pertahanan diri macam silat atau teakwando. Pada ibu bapa yang anak mereka ada dalam video tu, cubalah cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ni. Jangan ditambah lagi dengan perkara negatif. Ini akan menambahkan lagi perasaan ingin membuli dalam diri mereka.

Sebenarnya mereka ni perlukan perhatian. Jadi sebagai ibu bapa cuba kita periksa semula perhubungan kita dengan anak kita. Pesanan yang sama cheq cuba ingatkan pada diri cheq. Kita tunggu sampai kesemua perlaku ni ditangkap.

CARA NAK JADI AHLI SHAKLEE

PROMOSI OMEGA GUARD BULAN NOVEMBER 2014

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top