Comments

TIPS UNTUK ANAK TIDUR SENDIRI

SIAP SEDIA TIDUR SENDIRIAN

SUDAHKAH SI MANJA ANDA BERSEDIA

Dah tiba masa untuk memisahkan tempat tidur anak? Nak pisahkan tempat tidur dengan anak kita bukanlah satu perkara yang mudah. Nak pula mereka dah terbiasa tidur dengan kita sejak bayi lagi. Pada peringkat awal mungkin akan berlaku "drama". Teringat saat anak cheq, kakak nak berpisah tempat tidur dengan cheq. Setiap hari penuh dengan drama. Kita harus mainkan peranan sebagai ibu bapa dan terangkan kepada anak tentang faktor usianya. Jadi entri kali ini, cheq nak kongsikan beberapa tip yang cheq dapat daripada majalah untuk dikongsikan dengan anda. Cheq sendiri dah cuba dan memang berhasil!

TIP PANDUAN UNTUK BIASAKAN ANAK TIDUR SENDIRI

  • untuk permulaan, sediakan tempat tidur yang selesa dan kemas. Letakkan cadar dengan corak yang disukai oleh mereka. Gunakan juga warna - warna kegemaran mereka untuk membuatkan mereka suka berada di dalam bilik tidur.
  • berikan masa untuk mereka bersedia dari segi mental dan emosi. Terangkan sebab kenapa harus tidur berasingan. Sentiasa berikan mereka kata - kata semangat.
  • latih mereka untuk tidur di dalam bilik mereka pada waktu siang. Mulakan dengan meneman mereka membaca atau bermain di dalam bilik mereka. Lakukan sekerap mungkin untuk membantu mereka membiasakan diri.
  • beri mereka menghias sendiri bilik tidur dan cuba bantu mereka dalam menghias bilik tidur mereka. Pasti anak anda akan teruja kerana mendapat ruang privasi mereka sendiri.
  • pastikan terdapat ruang untuk mereka bermain dalam bilik mereka. Ini dapat membantu mereka merasa selesa berada di dalam bilik tidur mereka
  • berikan mereka benda yang boleh membuatkan mereka berasa selamat. Contohnuya untuk anak perempuan, bolehlah berikan patung besar yang boleh dijadikan "teman" mereka untuk tidur
  • sediakan pencahayaan yang sesuai untuk anak anda. Ini kerana kebanyakan anak takut kepada gelap. Dengan cara ini, ia dapat mengatasi perasaan takut mereka.
  • bagi yang mempunyai lebih dari seorang anak, pastikan susunan katil mereka bersesuaian. Ini dapat memberikan mereka ruang mereka sendiri.
  • pastikan keselamatan mereka terjamin. Elakkan menghias bilik tidur dengan bahan yang mudah pecah, pastikan katil mereka mempunyai penghadang untuk mengelakkan mereka jatuh
  • latih anak untuk mengemas bilik mereka sendiri. 
  • amalkan membaca doa sebelum tidur. Latih anak untuk turut sama membaca doa setiap kali sebelum tidur. Insya-Allah doa ini akan meningkatkan keyakinan anak kita.
  • untuk permulaan, anda boleh terapkan sistem "reward" setiap kali mereka berjaya tidur sehingga ke pagi di dalam bilik mereka. Belikan mereka sesuatu yang boleh digunakan di dalam bilik mereka. Contohnya belikan mereka pelekat bergambar. Sediakan papan pelekat untuk melekatkan pelekat di dalam bilik mereka supaya mereka nampak hasil usaha mereka setiap kali tidur di dalam bilik sendiri. 
HIASKAN BILIK TIDUR SI MANJA


KESABARAN adalah kunci utama kejayaan misi ini. Bukan mudah untuk mengajar si manja untuk tidur sendirian. Dan ia takkan berhasil dalam satu malam sahaja. Cara yang paling baik, selidik punca kenapa mereka sukar untuk tidur sendirian. Selain itu, pada peringkat ini, ibu bapa memerlukan tahap kesabaran ekstra. Pimpin tangan si manja ke bilik mereka semula setiap kali dia keluar dari biliknya. 



 ✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179✿✿
 ✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top