Comments

SUBUH GAJAH? SOLAT APAKAH ITU?


SUBUH GAJAH.

Jujur cheq cakap baru minggu lepas cheq dengar perkataan ni. Ketinggalan sungguh rasanya diriku ni! Itupun sebab peristimewa lewat bangun. Jadi cik suami pun cakap, subuh gajah la kita hari ni. Dalam hati macam nak bertanya tapi disebabkan dah lewat nak ke siapkan sarapan. Nak siapkan bekalan anak. Cheq cakap dalam hati postpone nanti la tanya. 

Tapi akhirnya cheq tanya pada abang google. Hahahaha.Cheq nak kongsi apa maksud disebalik subuh gajah yang digunakan oleh orang dulu2 lagi yang cheq baru tahu ni. Sedih! Subuh gajah ni bermaksud kalau korang tidur malam bangun pagi nak solat subuh terjaga lepas waktu syuruk. Faham tak? Tapi ada setengah cakap kalau tak disengajakan wajib untuk kita terus tunaikan solat subuh selepas tersedar tu. Jangan pulak tunggu nak qada dengan solat zohor! Tapi kalau tiap - tiap hari 'tak sengaja' lewat tu rasanya boleh letak batu bata atas kepala ikat tali asal pukul 6 pagi je set bagi tali tu putus batu jatuh atas kepala. 

Kalau yg sedar dalam waktu subuh pastu bangun tutup jam loceng pastu sambung tidur semula dikira berdosa dan tetap wajib qada bila bangun dari tidur tu. Pada zaman Rasullah saw dulu lagi dah berlaku. Dekat sini cheq nak kongsi sedikit peristiwa mengenai subuh gajah ni.

kredit to,,

*********************************************************************************
Berlaku kepada Rasulullah S.A.W sendiri. Ketika pulang dari perang Khaibar.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda:

“Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.

Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda:

“Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.”        
 (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).

*********************************************************************************

 Jadi lepas ni pada yang masih selalu TERsolat gajah. Jom sama - sama baiki diri. Tak nak ada lagi istilah solat gajah dalam diri kita. Tak kira solat subuh ke zohor ke. Yang penting semarakkan solat kita. 

“Perjanjian yang telah ditetapkan antara kami dengan mereka adalah (menegakkan) shalat, karena itu barangsiapa yang telah meninggalkannya maka sungguh ia telah kafir.”
 (Shahih: Shahih Ibnu Majah no: 884, Ibnu Majah 1:342 no: 1079, Nasa'i I: 231, dan Tirmidzi 125 no: 2756).











✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top