Comments

SELAMAT ULANGTAHUN BUAT CIK SUAMI


SELAMAT ULANG TAHUN BUAT CIK SUAMI

Entri kali ni nak kongsi saat bahagia. Hehehehe. Hari ni genaplah umur suami cheq 30 tahun. Selamat menginjakkan diri ke dalam siri 30an! Tak ada pun sambutan tiup lilin bagai. Cuma buat makan untuk kami anak beranak. Suami ada juga jemput kawan - kawan pejabat datang makan dekat rumah petang tadi. 

BIRTHDAY BOY

Cheq cuma masak nasi ayam dengan nasi himpit je. Kalau ikutkan nak masak lebih meriah lagi tapi banyak pula aktiviti jadi takut tak sempat nak siapkan semua. Tapi tak sempat pulak nak snap gambar sebab sibuk dengan sesi "bersilat" dekat dapur. Alhamdulillah walaupun tak semeriah mana tapi puas hati dapat meraikan hari ulangtahun untuk suami dengan anak - anak. 

NYANYI LAGU UNTUK PAPA
Kakak dengan adik dah siap nyanyikan lagu "happy birthday" untuk papa dorang jam 12 malam semalam. Seronok sebab dapat bawak pergi jalan. Jadi untuk balas papa bawa berjalan nyanyilah lagu untuk papa. 
Siap si adik jadi penari latar lagi. Lawak cheq tengok keletah dorang. Tapi apa pun kami happy. Lepas siap semua. Tetamu dah balik kena lincah mengemas sebab telefon dah berbunyi sakan. Tanda ada rezeki nak masuk tu!

Syukur sangat dengan kerjaya WAHM ni, cheq dapat bagi anak - anak, suami perhatian lebih. Dapat masakan hidangan kegemaran dorang. Dapat luangkan masa dengan orang kesayangan. Jadi rasanya dah panjang lebar celoteh cheq ni. Dah macam retis pulak. Hehehe.. 

PUDING GANTI KEK,, MISI NAK KURUS PUNYA PASAL

Akhir kata buat suami cheq, cheq tau nanti dia akan baca blog cheq ni. Selamat ulangtahun! Semoga panjang umur dimurahkan rezeki. Semoga sentiasa kuat, sihat untuk jaga kami anak beranak. 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR ✿✿

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top