Comments

PEMERIKSAAN ANTENATAL

PENTING ATAU TIDAK


Bagi yang pernah mengandung mungkin dah tahu apa itu pemeriksaan antenatal. Menjadi tanggungjawab kita apabila disahkan hamil. Perkara pertama mesti kita kena lakukan pemeriksaan antenatal. Ini untuk menjaga dan memantau kesihatan kandungan dan juga diri kita sendiri. 

Secara tak langsung dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi kehamilan dan kelahiran dari peringkat awal. Sebenarnya lagi awal kita menjalani pemeriksaan antenatal lebih baik. Pemeriksaan tu bukanlah dibuat setiap minggu tapi berperingkat. Jadi memudahkan kita untuk menentukan tarikh yang sesuai dan senang untuk kita mengatur temujanji. Pemeriksaan pertama kali mungkin akan memakan masa yang lama. Kalau dulu lebih mudah tapi sekarang bukan sahaja isteri malah suami pun kena turut serta untuk melakukan beberapa ujian. 

Tempoh kandungan 28 minggu pertama, pemeriksaan perlu dilakukan sebulan sekali. Bila kandungan berusia 36 minggu tempoh akan menjadi 2 kali sebulan. Sehingga memasuki 4 minggu terakhir, pemeriksaan akan menjadi lebih kerap iaitu seminggu sekali. Jika kandungan dan ibu tidak mempunyai sebarang masalah, mungkin tempoh lawatan akan dikekalkan. Dalam beberapa kali kita akan dirujuk kepada pakar untuk proses pemeriksaan yang lebih teliti lagi. 

SOALAN YANG BIASA DITANYA DI AWAL PEMERIKSAAN ANTENATAL

  • Biasanya soalan pertama berkisar tentang tarikh akhir haid. Dengan berpandukan tarikh ni, doktor boleh menjangka tarikh kelahiran bayi
  • Sejarah perubatan suami dan isteri. Ini untuk memastikan kebarangkalian dan faktor kesihatan keluarga. Contohnya penyakit darah tinggi, kencing manis dll
  • Sejarah kelahiran kembar, pramatang dalam keluarga
  • Sejarah kehamilan terdahulu. Termasuklah kes keguguran atau pengguguran bayi
  • Jenis alahan yang dihidapi oleh ibu dan bapa
  • Ubat - ubatan yang pernah atau sedang diambil untuk penyakit tertentu
  • Penyakit serius atau sejarah pebedahan yang pernah dilakukan
  • Latar belakang diri seperti pekerjaan, keadaan persekitaran rumah dan tempat kerja
PEMERIKSAAN YANG DIJALANKAN KETIKA ANTENATAL

Pemeriksaan ini selalunya dilakukan setiap kali lawatan pemeriksaan antenatal. Ini bertujuan untuk mengenalpasti sebarang penyakit dan kesihatan kandungan.

PEMERIKSAAN DARAH
  • biasanya dilakukan di sebelah lengan tangan kanan. Kecuali jika terdapat kecederaan.
UJIAN IMBASAN 
  • pundi kencing perlu penuh ketika ujian ni dilakukan untuk memberi hasil imbasan yang jelas
  • imbasan pertama perlu dilakukan pada 12 minggu pertama kandungan. Ini untuk memastikan umur sebenar kandungan
  • semasa kandungan berusia 18 ke 22 minggu, imbasan terperinci perlu dilakukan untuk mengesan sebarang kecacatan pada bayi
  • bila kandungan berusia 28 minggu, imbasan perlu dilakukan untuk memastikan tahap perlekatan uri
  • pada usia kandungan 32 ke 38 minggu imbasan dilakukan untuk menilai perkembangan bayi dan keadaan air ketuban
KETINGGIAN
  • ketinggian yang kurang daripada 145cm menandakan ruang pelvik yang kecil
  • bagi yang mempunyai ketinggian melebihi 152cm, tidak ada sebarang masalah untuk melahirkan bayi yang bersaiz besar
BERAT BADAN
  • pertambahan sebanyak 10 - 20kg sepanjang tempoh kehamilan adalah normal
  • peningkatan secara mendadak menjadi tanda awal kita mengalami tekanan darah tinggi atau diabetes
  • pertambahan sebanyak 0.5kg seminggu selepas 20 ke 36 minggu kehamilan adalah normal
UJIAN AIR KENCING & DARAH
  • ujian air kencing adalah untuk memastikan tahap kandungan glukos untuk mengesan diabetes
  • kandungan protein untuk mengenalpasti tekanan darah tinggi
  • ujian darah perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada kita mengalami anemia 
  • ujian saringan HIV dan Hepatitis B juga dilakukan bagi mengelak sebarang kesan buruk pada bayi
  • jika mempunyai rhesus negatif, kehamilan akan diberi perhatian khusus
PERGELANGAN KAKI
  • biasanya mula diperiksa apabila kandungan memasuki terismester ketiga
  • ini untuk memastikan kita tidak dijangkiti tekanan darah tinggi



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

**These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top