Comments

ATASI MASALAH BULU KAKI BERLEBIHAN??

ATASI MASALAH BULU KAKI BERLEBIHAN DENGAN MUDAH & SEMULAJADI

KAKI SIAPA NI?
Masalah bulu kaki berlebihan? Kalau bagi orang lelaki ia bukanlah satu masalah. Tapi bagi wanita, ia satu perkara yang perlu dipandang serius. Tak kisahlah orang nampak atau tidak tapi kalau dah tahap lebih dari lelaki mesti ada tercalit juga perasaan malu tu. Betul tak? 
Kalau tak percaya korang tanya lah pada diri korang sendiri. Hehehehe. Sebab bulu kaki ni dia macam juga bulu ketiak. Tak kira cukur atau tidak ia tetap akan tumbuh dan tumbuh. Kadang kala sampai bersimpul-simpul! Cara paling mudah orang akan cukur dengan pisau cukur. Memang kesan dia cepat tapi lagi kerap kita cukur lagi cepat dia tumbuh. Dan paling takut sekali akan makin subur tahap "kelebatan" dia!

Jadi entri kali ni macam biasalah nak kongsi cara dan petua yang dah ramai orang gunakan tanpa perlu nak menyakitkan kaki. Lagi baik sebab menggunakan bahan semulajadi. Yang boleh kita dapat dekat dapur rumah. Jom kita sama-sama cuba. 

PETUA HILANGKAN BULU KAKI

  • DAUN CILI DAN KAPUR
Korang boleh gunakan daun cili kecil, sesetengah tempat panggil cabai burung. Jangan ambil cili tapi daun cili saja!Tumbuk daun cili hingga hancur. Kemudian campurkan dengan kapur sirih. Gosok pada betis setiap kali nak mandi. Amalkan sekerap mungkin untuk hasil yang memuaskan. Hasilnya bulu kaki akan mudah gugur. 
  • AIR LIMAU NIPIS DAN GULA PASIR
Campurkan kedua bahan dan kacau sebati. Sapu campuran pada kawasan yang mengalami masalah bulu kaki berlebihan. Biarkan kering dengan sendiri. Kemudian barulah dicuci. 
  • MADU DAN PERAHAN LEMON
Panaskan 3 sudu madu dengan perahan air lemon. Biarkan hingga likat dan sebati. Biarkan agak suam dan sapu pada betis. Biarkan sejuk dan kering. 
  • PUTIH TELUR
Campurkan putih telur dengan 2 sudu gula dan 1 sudu tepung jagung. Gaul sebati semua bahan. Tempekkan pada bahagian kaki yang terdapat bulu berlebihan. Biarkan kering dan tanggalkan seperti memakai masker. 

Nampak mudah kan? Sebenarnya memang mudah pun. Dan dapat menjimatkan perbelanjaan. Semoga petua ni dapat bantu korang atasi masalah bulu kaki berlebihan! 

SELAMAT MENCUBA




✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR ✿✿

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top