Comments

KUNYIT ATASI MASALAH BULU KETIAK

PETUA BERSIHKAN BULU KETIAK DENGAN KUNYIT


Kalau cakap pasal kunyit selalunya mesti berkait dengan masakan. Tapi kali ni nak kongsi dengan korang tentang khasiat yang ada dalam kunyit ni selain untuk menyedapkan masakan. Kunyit dalam istilah sains dipanggil "curcuma longa". Muncung kena panjang kalau nak menyebut tu. Sebenarnya kunyit juga digunakan untuk pembersihan dalaman badan dan kecantikan kulit. 

Tapi entri kali ni nak kongsi sesuatu yang lebih 'rare'. Masalah bulu ketiak. Jujur pertama kali cheq nak buat entri ni cheq dah senyum kambing. Sampai cik suami tanya. Kenape? Tapi disebabkan petua ni mungkin bermanfaat untuk kita semua.. Jadi layan je! Lagipun kunyit ni benda yang paling mudah nak dapat di rumah. Jadi kalau korang "songlap" seketul dua pun tak jadi masalah pada ibu dekat dapur. Jadi nak tahu macam mana kunyit tu membantu atasi masalah ni. Jom cuba petua ni. Bahan yang perlu ada hanya ibu kunyit dengan sirih pinang. 

bahan utama

CARA MENGGUNAKAN 

  • Langkah pertama yang korang kena buat mungkin sedikit mencabar. Kerana korang kena cabut dulu bulu ketiak korang tu. Kalau rasa nak "drama" sikit bolehlah pakai pencabut kepit atau boleh gunakan apa saja janji bulu ketiak korang selamat digugurkan! 
  • Selepas tu, celup ubi kunyit ke dalam kapur sirih dan gosok pada ketiak korang sehingga rata dalam masa beberapa minit. Cara penyentalan terpulang kepada korang. Rasa nak tanggalkan kulit ketiak pun boleh asalkan korang berpuashati.
  • Kemudian basuh ketiak korang sebersihnya. 
  • Korang boleh lakukan setiap hari atau mengikut suka hati korang. 
  • Pada yang masih belum ada bulu ketiak amat disarankan menggunakan petua ini. Ia dapat menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.
Semoga petua mudah ni dapat membantu korang. Mungkin ada yang beranggap perkara ni mudah tapi tahu tak kesan sampingan daripada pertumbuhan bulu ketiak? Bau badan dan masalah peluh antara perkara yang berkait rapat dengan pertumbuhan bulu ketiak! Jadi kalau tak nak masalah bau badan, renung - renungkan!


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
 ✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 ✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top