Comments

ANUGERAH TERINDAH



Ini anak lelaki cheq. Anak bongsu cheq. Muhammad Ammar Hadiff. Seorang yang periang dan aktif. Entri kali ni cheq nak cerita pasal anak cheq. Dulu sebelum kahwin orang cerita pasal teman lelaki, fesyen & gosip. Dah kahwin tajuk utama mesti pasal anak. Betul tak?

5 TAHUN MENANTI

Lepas lahirkan anak perempuan cheq, niat nak menambah ahli baru tu ada tapi hanya berserah pada Allah swt. Lagipun cheq tak nak terlampau mengharap. Selama 5 tahun kakak main sorang - sorang, berbual sorang - sorang. Akhirnya terdengar juga permintaan paling besar pernah kakak minta. Nak adik. Sebab dah selalu tengok orang lain ada adik. Dengar orang pangg adik. Dia pun teringin juga.
Alhamdulillah berkat doa kami sekeluarga akhirnya kakak dapat juga adik! Perasaan kakak masa tu memang gembira sangat.
Gembira sampai tak sabar nak dukung adik. Semua benda dia nak buat. Orang pertama kali dapat adik katanya.

ADIK MAKIN BESAR

Pejam celik sekarang adik dah setahun tujuh bulan. Setiap hari adik dengan kakak. Disebabkan jarang keluar rumah. Semua main sama. Apa kakak main adik mesti nak jugak.
Dari dulu mula lahir suka sangat kakak. Tapi makin besar adik dah ada dengar keluhan kecil kakak. Tapi kakak tetap sabar layan karenah adik. Walaupun kadang kala teruk dibuli adik. Bayangkan 5 tahun main sendiri sekarang dah ada teman. Teman tapi tak berapa nak mesra. Masing - masing ada idea tersendiri untuk direalisasikan pada mainan.
Adik yang makin besar dan boleh membantah suruhan kakak. Anak lelaki pulak, lagi kasar dari kakak. Tapi alhamdulillah berkat kasih sayang kakak pada adik tak pernah nak di pukul adik. Walaupun kadang kala dia yang kena pukul!



Semoga anugerah terindah ini akan sentiasa menjadi pengubat duka cheq. Sayang kamu berdua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top