Comments

TAK SABAR NAK TUNGGU ESOK!

BERSIAP SEDIA 

Esok dah masuk bulan November. Makanya esok bersamaan dengan hari penentuan untuk memastikan siapa juara untuk piala Malaysia. Jadi memandangkan cheq ni orang Pahang. Hogoh pahang hogoh! Tak sabar nak menunggu hari perlawanan. Ingatkan nak ke stadium tapi memandangkan banyak lagi agenda yang belum selesai. Jadi tengok dekat rumah je. 

Untuk persediaan menjelang malam esok. Rasanya nak kena masak sesuatu. Nak kena buat persiapan awal. Mesti korang hairan kenapa cheq semangat berkobar - kobar. Sebabnya suami cheq orang Johor. Haruslah cheq semangat. Sebab nak tunggu masa nak mem"bahan"! Hehehehe. Harapnya esok pahang berjaya membawa pulang lagi sekali piala malaysia! 

Buat penyokong johor terutama cik suami. Jangan pandang tok gajah sebelah mata! Takut nanti cik rimau nangis tak berlagu! Hahahaha. Jadi sama - sama kita tunggu keputusan untuk perlawanan esok ye. Rasa macam nak jemput adik beradik je datang tengok dekat rumah!





✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

ZINC ATASI MASALAH JERAGAT

 JERAGAT


Perubahan pada kulit wajah dengan munculnya bintik - bintik hitam dikawasan seperti pipi kadang kala di dahi atau hidung. Pada yang tak tahu tu cuba tengok muka mat saleh tu. Yang macam tahi lalat penuh dekat pipi tu. Itulah jeragat. Jeragat ni kadang kala naik sejak kecil dan ada juga yang naik disebabkan faktor lain. Jeragat tak berbahaya cuma boleh buat muka seseorang tu kurang menarik. Jeragat atau juga dipanggil melasma terdapat 3 jenis jeragat:
  • seborrhoeic keratoses
keliihatan timbul seperti biji hitam @ tahi lalat hidup
  • melasme
tompok hitam atau kelabu leper dibawah lapisan kulit
  • skin tag
daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya pada ketiak dan leher 

PUNCA TERJADINYA JERAGAT

  • terdedah pada cahaya terik matahari
  • pengambilan ubat - ubat pil hormon
  • penggunaan kosmetik
  • keturunan
Jeragat ni boleh diatasi dengan penggunaan minyak. Terdapat juga beberapa petua yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah jeragat. 

ZINC COMPLEX ATASI MASALAH JERAGAT


Zinc diperlukan untuk kekal sihat. Badan memerlukan zinc untuk membuat protein dan DNA. Zinc Complex dirumus dari zinc glukonat semulajadi yang bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium & serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh badan. Selain berkhasiat untuk kaum lelaki, zinc juga membantu mengatasi masalah jeragat.

Kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan membaiki radang kulit seperti akne atau jerawat. Selain mengawal selia sumpah testoren dalam badan yang memainkan peranan dominan yang menyebabkan jerawat. 

ANTARA KEBAIKAN ZINC YANG LAIN
  • mengatasi masalah rambut gugur
  • atasi masalah jerawat
  • membaiki masalah prostat
  • kerapuhan tulang 
  • membantu pengeluaran insulin 
  • memperbaiki diabetes



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

PEMERIKSAAN ANTENATAL

PENTING ATAU TIDAK


Bagi yang pernah mengandung mungkin dah tahu apa itu pemeriksaan antenatal. Menjadi tanggungjawab kita apabila disahkan hamil. Perkara pertama mesti kita kena lakukan pemeriksaan antenatal. Ini untuk menjaga dan memantau kesihatan kandungan dan juga diri kita sendiri. 

Secara tak langsung dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi kehamilan dan kelahiran dari peringkat awal. Sebenarnya lagi awal kita menjalani pemeriksaan antenatal lebih baik. Pemeriksaan tu bukanlah dibuat setiap minggu tapi berperingkat. Jadi memudahkan kita untuk menentukan tarikh yang sesuai dan senang untuk kita mengatur temujanji. Pemeriksaan pertama kali mungkin akan memakan masa yang lama. Kalau dulu lebih mudah tapi sekarang bukan sahaja isteri malah suami pun kena turut serta untuk melakukan beberapa ujian. 

Tempoh kandungan 28 minggu pertama, pemeriksaan perlu dilakukan sebulan sekali. Bila kandungan berusia 36 minggu tempoh akan menjadi 2 kali sebulan. Sehingga memasuki 4 minggu terakhir, pemeriksaan akan menjadi lebih kerap iaitu seminggu sekali. Jika kandungan dan ibu tidak mempunyai sebarang masalah, mungkin tempoh lawatan akan dikekalkan. Dalam beberapa kali kita akan dirujuk kepada pakar untuk proses pemeriksaan yang lebih teliti lagi. 

SOALAN YANG BIASA DITANYA DI AWAL PEMERIKSAAN ANTENATAL

  • Biasanya soalan pertama berkisar tentang tarikh akhir haid. Dengan berpandukan tarikh ni, doktor boleh menjangka tarikh kelahiran bayi
  • Sejarah perubatan suami dan isteri. Ini untuk memastikan kebarangkalian dan faktor kesihatan keluarga. Contohnya penyakit darah tinggi, kencing manis dll
  • Sejarah kelahiran kembar, pramatang dalam keluarga
  • Sejarah kehamilan terdahulu. Termasuklah kes keguguran atau pengguguran bayi
  • Jenis alahan yang dihidapi oleh ibu dan bapa
  • Ubat - ubatan yang pernah atau sedang diambil untuk penyakit tertentu
  • Penyakit serius atau sejarah pebedahan yang pernah dilakukan
  • Latar belakang diri seperti pekerjaan, keadaan persekitaran rumah dan tempat kerja
PEMERIKSAAN YANG DIJALANKAN KETIKA ANTENATAL

Pemeriksaan ini selalunya dilakukan setiap kali lawatan pemeriksaan antenatal. Ini bertujuan untuk mengenalpasti sebarang penyakit dan kesihatan kandungan.

PEMERIKSAAN DARAH
  • biasanya dilakukan di sebelah lengan tangan kanan. Kecuali jika terdapat kecederaan.
UJIAN IMBASAN 
  • pundi kencing perlu penuh ketika ujian ni dilakukan untuk memberi hasil imbasan yang jelas
  • imbasan pertama perlu dilakukan pada 12 minggu pertama kandungan. Ini untuk memastikan umur sebenar kandungan
  • semasa kandungan berusia 18 ke 22 minggu, imbasan terperinci perlu dilakukan untuk mengesan sebarang kecacatan pada bayi
  • bila kandungan berusia 28 minggu, imbasan perlu dilakukan untuk memastikan tahap perlekatan uri
  • pada usia kandungan 32 ke 38 minggu imbasan dilakukan untuk menilai perkembangan bayi dan keadaan air ketuban
KETINGGIAN
  • ketinggian yang kurang daripada 145cm menandakan ruang pelvik yang kecil
  • bagi yang mempunyai ketinggian melebihi 152cm, tidak ada sebarang masalah untuk melahirkan bayi yang bersaiz besar
BERAT BADAN
  • pertambahan sebanyak 10 - 20kg sepanjang tempoh kehamilan adalah normal
  • peningkatan secara mendadak menjadi tanda awal kita mengalami tekanan darah tinggi atau diabetes
  • pertambahan sebanyak 0.5kg seminggu selepas 20 ke 36 minggu kehamilan adalah normal
UJIAN AIR KENCING & DARAH
  • ujian air kencing adalah untuk memastikan tahap kandungan glukos untuk mengesan diabetes
  • kandungan protein untuk mengenalpasti tekanan darah tinggi
  • ujian darah perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada kita mengalami anemia 
  • ujian saringan HIV dan Hepatitis B juga dilakukan bagi mengelak sebarang kesan buruk pada bayi
  • jika mempunyai rhesus negatif, kehamilan akan diberi perhatian khusus
PERGELANGAN KAKI
  • biasanya mula diperiksa apabila kandungan memasuki terismester ketiga
  • ini untuk memastikan kita tidak dijangkiti tekanan darah tinggi



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

**These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

VITA E DAN MANFAATNYA PADA KULIT KITA

VITA E ANTI OKSIDAN TERBAIK


Vita E merupakan salah satu vitamin yang kaya dengan antioksida. Antioksidan bertindak melawan radikal bebas yang berbahaya dengan cara meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca terbentuknya penyakit dalam badan kita. Jika kita mengamalkan vitamin E ia membantu badan kita melawan radikal bebas ini daripada terbentuk. Dan paling best, ia membantu melambatkan penuaan dan mengelakkan kulit dari kedutan dan masalah berkaitan kulit. 

Vitamin E ni merupakan antioksidan yang larut dalam lemak. Jadi ia dapat membantu mempertahankan kadar air dalam kulit. Jadi tak hairanlah kalau mereka yang mengamalkan vita E jika kulit mereka sebelum ni kusam menjadi lebih bersinar. Kulit yang kering pun jadi semakin sihat dan segar.  Selain untuk kulit, vita e pun bantu menjaga kuku kita. Kalau nak tahu, vita E ni melindungi sel darah merah. Sel darah merah merupakan sumber pengedar oksigen dan sari makanan ke seluruh tubuh. 

MANFAAT VITA E PADA KULIT / KECANTIKAN

  • membantu menaikkan seri wajah 
  • melambatkan penuaan 
  • membantu memullihkan tekstur kulit
  • mengurangkan kedutan dan garis halus
  • membantu mengurangkan bekas parut
  • mengecilkan pori - pori wajah
  • mengawal minyak 
  • meningkatkan kelembapan kulit
  • menghilangkan jeragat
  • menegangkan kulit
  • membantu keseimbangan kulit
  • menghalang kemunculan bintik hitam
Jadi tak hairan kalau ramai yang memilih vita e untuk kecantikan kulit mereka. Selain tu, korang boleh menggunakan vita e ni sebagai masker. Untuk mereka yang ingin ke laut atau sering terdedah pada matahari. Korang memang kena cuba vita E ni. 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

**These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

DONUT STAIL MEK TIE

Kalau entri sebelum ni cerita pasal puding. Entri kali ni nak kongsi dengan korang pasal buat donat pula. Sebenarnya sebelum ni tak pernah pun berminat dalam bab uli menguli. Tapi disebabkan selera anak tengah memuncak. Jadi tekad belajar buat.

Jadi dipendekkan cerita jom tengok bahan dan cara membuat donat cara cheq. Mungkin bahan yang cheq guna ni tak sesempurna ori stail donut. Tapi bolehlah dibanggakan!

HASIL AIR TANGAN MEK TIE!

BAHAN UNTUK MEMBUAT DOH DONUT

- tepung gandum
- 1bj kentang (direbus dan dilenyek)
- gula
- tepung penaik
- yis
- 1 biji telur
- garam
- sedikit susu tepung
- 2 sudu susu cair
- majerin
- air suam

CARA MEMBUAT

1. Satukan tepung, yis, gula, susu tepung.
2. Setelah sebati masukkan kentang yang dah dilenyek bersama air suam secara berselang seli. Kalau nak mudah boleh gunakan mixer.
3. Masukkan pula susu cair, telur yang dipukul terlebih dahulu dengan garam.
4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Pastikan doh tak melekat pada tangan.
5. Ambil dalam 2 sudu doh dan ulikan bulat-bulat dan letakkan dalam dulang yang ditaburkan dengan tepung untuk elak doh dari melekat.
6. Biarkan selama 10 minit dan tekan doh tadi untuk jadikannya leper dan buatkan lubang ditengahnya.

BIARKAN DOH KEMBANG SEBELUM DIGORENG
7. Selepas acuan doh siap. Biarkan lagi selama 10 minit untuk doh mengembang.
8. Dalam tempoh 30 hingga 40 minit bolehlh digoreng. Pastikan minyak tidak terlalu panas.
9. Angkat selepas doh kekuningan.
PASTIKAN MINYAK TAK TERLAMPAU PANAS
10. Ambil gula dalam 5 sudu dan blendkan. Gaulkan donut yang dimasak tadi kedalam gula tadi.
11. Makan dan kenyang!

Jadi lepas ni bolehlah korang cuba. Kalau cubaan pertama tak menjadi, boleh cuba lagi sampai berjaya!
posted from Bloggeroid
Baca lagi
Comments

PENANGAN VITA C VS SET KURUS

ORDER MASUK CHEQ SUKA!

Alhamdulillah hari ni nak share tentang semalam. Cheq suka dan bersyukur semalam semalam cheq dapat order dari pelanggan yang nak dapatkan vita C dan set kurus bajet.Sebab tu cheq suka nak kongsi pengalaman dan khasiat produk ni. Mesti lepas tu ada la order masuk!

DAH DISAMBAR ORANG

SET KULIT VS SET KURUS

Kalau nak diikutkan set kulit ni kalau disebut set mesti ada Vita C, vita e dan b complex. Kalau lebih tepat lagi orang panggil SET D. Khas untuk mengatasi masalah kulit. Tapi selalunya kalau korang punya masalah kulit yang tak teruk sampai tahap permukaan bulan. Cheq syorkan vita c. Antara kebaikan vita c untuk kulit.
  • membantu meransang pembentukan kolagen. 
  • mencerahkan kulit
  • melambatkan penuaan
  • menyekat pembentukkan pigmen
Selain tuk kecantikan vita c juga bagus untuk kesihatan. Untuk info lanjut tentang vita c boleh klik disini. Sebab tu setiap kali cheq buka cerita pasal vita c pasti ada yang tersangkut! 

Sama cerita dengan set kurus. Tak perlu nak cerita panjang lebar sebab ramai dah tahu kebaikannya. Nak pula selain bertindak menguruskan badan terdapat juga khasiat lain untuk tubuh kita. Jadi sapa yang tak nak! Jadi kalau korang pun nak mencuba set kurus bajet terhangat ni. Ataupun nak dapatkan kulit wajah yang cerah berseri disamping mampu menguatkan imun korang. Boleh hubungi watiey. 

Siap bagi konsultansi percuma!


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR ✿✿

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

PERCUTIAN KELUARGA - HATYAI


PERCUTIAN KE HATYAI

Entri kali ni hanya nak berkongsi kisah mek tie. Masa mek tie dan keluarga pergi bercuti di Hatyai tahun lepas. Percutian yang tak dirancang pun sebenarnya. Percutian singkat kata orang. Sebab percutian sehari je. Dalam 1 hari tu habiskan masa melawat tempat - tempat menarik. Kiranya dapat juga pengalaman melawat tempat orang. Kiranya lepas juga ke luar negara walaupun hanya sebelah sempadan je. 

Masa percutian ni, anak mek tie baru masuk 4 bulan. Kiranya habis pantang dah berjalan jauh. Alhamdulillah sebab sejak dari dalam perut lagi agaknya dah ajar berjalan merata tempat. Jadi tak ada perkara yang tak elok berlaku. Hadiff pun tak meragam. Kakak lagi seronok sebab ada kawan baru. Kami pergi berkumpulan dalam percutian ni. Kiranya sewa 1 van untuk jimatkan perbelanjaan. Tapi memang serius murah. 

Memandang mek tie tinggal di Kedah, jadi perjalanan ke sempadan tu hanya ambil maa dalam sejam lebih. Kami berkumpul di Bukit Kayu Hitam dan dekat situ segala urusan pasport dibuat. Dalam pukul 530 pagi kami berkumpul di pintu sempadan. Sampai di sempadan dah ada van menanti ketibaan kami. Paling banyak disediakan barangan Hadiff. Mengalahkan anak dara punya persiapan. Dari beg susu, stroller dan perkakasan lain. Tapi sbeg susu lebih kepada barangan lain sebab masa ni Hadiff menyusu badan sepenuhnya. Jadi senang kerja mek tie. 

Dari sempadan kami ke pekan Bolok untuk bersarapan. Nasib baik dekat pekan tu banyak lagi kedai melayu patani. Jadi mudah untuk kami menjamu selera. Makanan yang disediakan pun sedap - sedap belaka. Tapi mek tie pastinya pilih nasi kerabu! Sedap tau nasi kerabu dorang!

sempat lagi posing sebelum sarapan
Selesai sarapan kami pun terus ke Hatyai.Walaupun tak dapat pergi banyak tempat disebabkan hujan lebat dan masa yang tak panjang. Tapi banyak juga kenangan dan tempat yang menarik kami lawat. Antara yang sempat kami pergi macam zoo. Tapi serius zoo dorang memang besar. Kalau nak berjalan memang kena fikir banyak kali. 

BESAR ZOO DORANG

EXCITED KAKAK WALAUPUN PENAT

PAPA KIPAS ANAK KE KIPAS DIRI SENDIRI

KAKAK DAPAT KAWAN BARU
Lepas ke zoo kami ke pantai dan ke floating boat di hatyai.Pengalaman menarik dan dalam masa yang sama dapat menyegarkan otak selepas berpantang. Jom layan lagi antara gambar yang sempat mek tie ambil. 





 
 


 




✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR ✿✿

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

KENAPA SAYA SUKA JOIN SHAKLEE

Bismillah..

SHAKLEE MUDAHKAN KERJA SAYA


Cheq tak nak celoteh panjang. Tapi rasanya tak banyak bisnes yang semudah shaklee. Sebabnya cheq tak perlu nak susah payah ke sana sini untuk ambil stok. Hanya gunakan telefon atau email dah boleh dapat barang. Tapi sekarang makin canggih seiring dengan perubahan semasa. Dengan hanya klik klik esok atau lusa barang dah sampai depan pintu rumah. Memandangkan cheq ni suri rumah sedikit sebanyak cheq dapat jimatkan masa.

Dalam shaklee kalau bagi mereka yang baru nak mulakan bisnes sangat sesuai. Sebab tak perlu nak keluarkan modal untuk simpan stok. Jadi bila pelanggan ordef baru kita klik klik. Penghantaran terus ke pintu rumah mereka. Sebab modal jadi ahli cuma RM75/-.

Bagi korang yang nak jadi ahli tu, ada 2 cara mudah. Pertama korang boleh mendaftar secara online dengan yuran hanya RM75 atau melalui sid yang berdaftar. Sekarang ni rasanya dah terlalu banyak sid yang berdaftar. Jadi sangat mudah untuk dapatkan info tentang pendaftaran dan pembelian barangan.

Cara kedua untuk jadi ahli shaklee, bagi korang yang ingin dapatkan supplement dan vitamin shaklee. Korang boleh mengumpul mata sebanyak 200uv bersamaan RM600++ untuk melayakkan korang untuk memdapatkan keahlian secara percuma.

BONUS UNTUK SETIAP PEMBELIAN


Tak semua perniagaan ada menyediakan bonus. Kadang kala kiraan bonus hanya dibuat melalui pengiraan mata untuk setiap pembelian. Dan mata boleh ditukarkan kepada barangan. Tapi dalam shaklee setiap mata pembelian supplement akan dikira dan jumlah setiap mata untuk setiap bulan akan dikira.

Mata yang dikumpul tu akan dibayar kepada kita dalam bentuk wang tunai. Dan kiraan bonus akan bertambah bergantung kepada setiap jualan yang kita buat. Lagi banyak jualan lagi banyak la kita dapat! Bukan setakat tu saja malah mata yang terkumpul tu akan memberi peluang kepada kita untuk dapat ganjaran yang lebih lagi!

Bila dah merasa bonus shaklee ini bermakna korang berpeluang untuk merasai lebih dan lebih. Dalam shaklee juga terdapat ganjaran car bonus dan ganjaran percutian. Jadi alang - alang dah merasa cash tu apa kata kita lajak terus merasa ketiga - tiga ganjaran yang shaklee bagi ni.

Jadi bagi korang yang bercita - cita nak menjadi usahawan berjaya. Tak kiralah lelaki mahupun wanita. Shaklee mampu merealisasikan impian korang. Kalau nak tahu dalam shaklee ni pun ramai antaranya suri rumah. Yang bekerjaya pun ada sampai berhenti kerana nak fokus pada shaklee. Paling utama pastikan pemilihan group sokongan yang dapat bantu korang berjaya.

Jadi tunggu apa lagi? Jom sama - sama kita jana pendapatan kita. Sertai group kami untuk membantu kotang berjaya. Semuanya dihujung jari tau! Belajar bisnes pun dihujung jari. Kadang sampai tak terkira banyaknya kelas untuk pastikan kita berjaya macam senior dan leaders yqng pendapatan bulanan melebihi 45,6 angka!

BERMINAT UNTUK SERTAI KAMI?? KLIK GAMBAR UNTUK PENDAFTARAN SECARA ONLINE!!


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR ✿✿

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Baca lagi
Comments

ATASI MASALAH BULU KAKI BERLEBIHAN??

ATASI MASALAH BULU KAKI BERLEBIHAN DENGAN MUDAH & SEMULAJADI

KAKI SIAPA NI?
Masalah bulu kaki berlebihan? Kalau bagi orang lelaki ia bukanlah satu masalah. Tapi bagi wanita, ia satu perkara yang perlu dipandang serius. Tak kisahlah orang nampak atau tidak tapi kalau dah tahap lebih dari lelaki mesti ada tercalit juga perasaan malu tu. Betul tak? 
Kalau tak percaya korang tanya lah pada diri korang sendiri. Hehehehe. Sebab bulu kaki ni dia macam juga bulu ketiak. Tak kira cukur atau tidak ia tetap akan tumbuh dan tumbuh. Kadang kala sampai bersimpul-simpul! Cara paling mudah orang akan cukur dengan pisau cukur. Memang kesan dia cepat tapi lagi kerap kita cukur lagi cepat dia tumbuh. Dan paling takut sekali akan makin subur tahap "kelebatan" dia!

Jadi entri kali ni macam biasalah nak kongsi cara dan petua yang dah ramai orang gunakan tanpa perlu nak menyakitkan kaki. Lagi baik sebab menggunakan bahan semulajadi. Yang boleh kita dapat dekat dapur rumah. Jom kita sama-sama cuba. 

PETUA HILANGKAN BULU KAKI

  • DAUN CILI DAN KAPUR
Korang boleh gunakan daun cili kecil, sesetengah tempat panggil cabai burung. Jangan ambil cili tapi daun cili saja!Tumbuk daun cili hingga hancur. Kemudian campurkan dengan kapur sirih. Gosok pada betis setiap kali nak mandi. Amalkan sekerap mungkin untuk hasil yang memuaskan. Hasilnya bulu kaki akan mudah gugur. 
  • AIR LIMAU NIPIS DAN GULA PASIR
Campurkan kedua bahan dan kacau sebati. Sapu campuran pada kawasan yang mengalami masalah bulu kaki berlebihan. Biarkan kering dengan sendiri. Kemudian barulah dicuci. 
  • MADU DAN PERAHAN LEMON
Panaskan 3 sudu madu dengan perahan air lemon. Biarkan hingga likat dan sebati. Biarkan agak suam dan sapu pada betis. Biarkan sejuk dan kering. 
  • PUTIH TELUR
Campurkan putih telur dengan 2 sudu gula dan 1 sudu tepung jagung. Gaul sebati semua bahan. Tempekkan pada bahagian kaki yang terdapat bulu berlebihan. Biarkan kering dan tanggalkan seperti memakai masker. 

Nampak mudah kan? Sebenarnya memang mudah pun. Dan dapat menjimatkan perbelanjaan. Semoga petua ni dapat bantu korang atasi masalah bulu kaki berlebihan! 

SELAMAT MENCUBA




✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR ✿✿

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

TESTIMONI PENGGUNA SET KURUS SHAKLEE


TESTIMONI PELANGGAN YANG BERJAYA KURUS

BAGAIMANA SET KURUS SHAKLEE BERFUNGSI

Kenapa cheq cakap macam tu. Sebab rata - rata yang mula amalkan shaklee melalui set kurus. Lepas tu barulah mencuba set untuk kulit dan sebagainya. Kalau nak tahu set kurus shaklee merupakan set terlaris sekali. Cheq sendiri lebih banyak jual set kurus kalau nak dibandingkan dengan set lain. Apa yang membuatkan set kurus ni menjadi pilihan ramai?

Dalam set kurus shaklee, ia mengamalkan fungsi 3B. Iaitu BAKAR, BUANG dan BINA. Tak semua set kurus yang ada di pasaran menggunakan kaedah pengurusan ni. Sebab selalunya orang akan fokus pada bab nak membuang sahaja. Tapi tak pula cuba untuk menghakis lemak lama yang sedia ada. Dalam set kurus shaklee ni, kita bukan sahaja dapat membuang lemak lama malahan ia turut membantu menyahkan toksin yang ada dalam badan kita. Selain bersifat lembut pada perut. Sebab kebanyakan orang beranngapan kalau buang tu mesti ganggu perut. Salah sama sekali. Malah agen pembuangan shaklee ni membantu melancarkan perjalana usus kita. 

Bila dah buang tak ada yang nak fokus pada pembinaan semula otot. Maksud pembinaan otot tu bukan lah lepas kurus nak nanti naik "muscle" macam ahli bina badan tu. Bina yang ada dalam supplement shaklee merupakan sumber protein yang membantu pembentukan semula tisu yang kendur selepas lemak dikeluarkan. Jadi bahagian tubuh yang kendur tu akan menjadi tegang dan dalam masa yang sama menggelakkan kulit dari berkedut. Selain itu, ia dapat memberikan tenaga segera dan membantu memberi rasa kenyang. Jadi dalam masa yang sama boleh membantu diet kita. 

MEMBERI HASIL YANG MEMUASKAN

Jadi tak hairanlah kenapa set kurus ni jadi pilihan ramai. Kebanyakan pelanggan yang mengamalkan set kurus ni akan mula berkongsi saat manis selepas 8 hari pengambilan. Ada juga yang dah rasa kesannya seawal 5 hari pengambilan! Jadi apa kata kita tengok antara pengguna set kurus yang dah berkaya mendapatkan berat badan ideal mereka dengan pengambilan set kurus ni. 



ALFALFA + OMEGA + ESP

SET KURUS PILIHAN RAMAI
HERBLAX + LECITHIN + ESP
SELAIN UNTUK KURUS DAPAT JUGA KHASIAT LAIN
HERBLAX+LECITHIN+CINCH
LECITHIN + HERBLAX
Tak kira sama ada set kurus penuh atau set kurus bugdet. Korang tetap akan dapat merasai sendiri hasilnya. Menariknya set kurus shaklee ni, korang tak perlu nak "skip" makan. Janji azam kuat. Amalkan pengambilan air putih. Mungkin korang dapat berat badan ideal korang. Jadi untuk yang tengah mencari atau berazam nak lakukan perubahan pada diri tu. Apa kata cuba sekarang! Pilihan ditangan korang. Korang boleh pilih dari set budget hingga set lengkap mengikut budget korang.



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR ✿✿

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

SELAMAT ULANGTAHUN BUAT CIK SUAMI


SELAMAT ULANG TAHUN BUAT CIK SUAMI

Entri kali ni nak kongsi saat bahagia. Hehehehe. Hari ni genaplah umur suami cheq 30 tahun. Selamat menginjakkan diri ke dalam siri 30an! Tak ada pun sambutan tiup lilin bagai. Cuma buat makan untuk kami anak beranak. Suami ada juga jemput kawan - kawan pejabat datang makan dekat rumah petang tadi. 

BIRTHDAY BOY

Cheq cuma masak nasi ayam dengan nasi himpit je. Kalau ikutkan nak masak lebih meriah lagi tapi banyak pula aktiviti jadi takut tak sempat nak siapkan semua. Tapi tak sempat pulak nak snap gambar sebab sibuk dengan sesi "bersilat" dekat dapur. Alhamdulillah walaupun tak semeriah mana tapi puas hati dapat meraikan hari ulangtahun untuk suami dengan anak - anak. 

NYANYI LAGU UNTUK PAPA
Kakak dengan adik dah siap nyanyikan lagu "happy birthday" untuk papa dorang jam 12 malam semalam. Seronok sebab dapat bawak pergi jalan. Jadi untuk balas papa bawa berjalan nyanyilah lagu untuk papa. 
Siap si adik jadi penari latar lagi. Lawak cheq tengok keletah dorang. Tapi apa pun kami happy. Lepas siap semua. Tetamu dah balik kena lincah mengemas sebab telefon dah berbunyi sakan. Tanda ada rezeki nak masuk tu!

Syukur sangat dengan kerjaya WAHM ni, cheq dapat bagi anak - anak, suami perhatian lebih. Dapat masakan hidangan kegemaran dorang. Dapat luangkan masa dengan orang kesayangan. Jadi rasanya dah panjang lebar celoteh cheq ni. Dah macam retis pulak. Hehehe.. 

PUDING GANTI KEK,, MISI NAK KURUS PUNYA PASAL

Akhir kata buat suami cheq, cheq tau nanti dia akan baca blog cheq ni. Selamat ulangtahun! Semoga panjang umur dimurahkan rezeki. Semoga sentiasa kuat, sihat untuk jaga kami anak beranak. 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR ✿✿

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

VITA C SHAKLEE - TESTIMONI PENGGUNA

Kalau entri sebelum ni cheq kongsi tentang vita c yang membantu mengatasi masalah resdung, entri kali ni cheq nak kongsi pula testimoni pengguna yang mengamalkan pengambilan vita c. Kalau korang nak tahu vita c ni bukan hanya untuk kecantikan kulit. Tapi vita c ni dapat beri banyak khasiat untuk tubuh badan kita.

KHASIAT VITA C UNTUK TUBUH KITA


Dengan menggunakan formulasi pelepasan berkekalan. Ia berupaya memberi perlindungan jam demi jam untuk memastikan badan kita dapat menyerap kebaikan vitamin C. Gambar dekat atas adalah beberapa khasiat yang kita dapat bila kita mengamalkan vita c ni. Best kan? Jadi kalau korang fikir tak perlu nak ambil sebab vita c hanya untuk kulit dan nak bagi cantik je. Baik korang fikir semula. 

TESTIMONI PENGGUNA YANG MENGAMALKAN VITA C

Dibawah ni cheq sertakan beberapa testimoni pengguna yang mengamalkan pengambilan vita c. Jom layan testimoni dekat bawah ni. Mana tahu lepas ni korang pulak yang nak kongsi testimoni dekat blog cheq ni. Hehehehe... 

VITA C TINGKATKAN IMUNITI

VITA C UNTUK ATASI PEDIH PERUT

VITA C ATASI BENGKAK GUSI
Selain tuk kulit, korang boleh amalkan pengambilan vita c ni untuk atasi masalah yang berkaitan dengan alahan, gusi dan imun. Jadi tak hairanlah kalau ambil untuk cantikkan kulit dalam masa yang sama dah boleh kuatkan imun. Demam selsema pun dah jarang kena. 

Jadi kalau nak dapatkan vita c ni, boleh hubungi cheq. Cheq sendiri pun pengguna tegar vita c. Memang berbaloi hasil yang cheq dapat. Sebotol tahan untuk 6 bulan memang dapat jimatkan duit poket!

DAPATKAN SECARA ONLINE DENGAN HANYA KLIK KLIK!!
KLIK GAMBAR DIBAWAH!!



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR ✿✿

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

REWARDS UNTUK ANAK-ANAK

Hari ni hari terakhir untuk budak sekolah bercuti kalau di Kedah ni. Kebetulan cik suami cuti. Ingatkan nak buat makan kami anak beradik sempena cuti awal Muharram. Tapi tiba - tiba dapat call kakak ipar cheq ada di Pulau Pinang.

Memandangkan kami dah lama tak berjumpa jadi cheq dengan suami sepakat la bawa anak - anak berjumpa dengan aunty dorang. Jadi kiranya cheq anggap sekali dengan hari 'rewards untuk anak - anak'. Kami bertolak ke Pulau Pinang lepas zohor. Anak - anak pu tak tahu kemana tujuan mak ayah dorang ni nak bawak mereka.

Kiranya macam nak bagi kejutan la pada kakak sebab dia rapat dengan aunty dia. Sepanjang perjalanan kami dah bermacam soalan ditanya. Tapi saja malas nak layankan. Kecian kakak berteka teki sorang diri.

Kali ni bawa anak - anak naik melalui feri. Dah lama tak nak feri. Suka sangat si adik bila dapat naik feri. Sebelum ni dia baby lagi. Jadi tak ambil tahu sangat. Suka tengok reaksi adik. Berani sangat nak berdiri sambil menikmati pandangan. Tapi kena berhati - hati juga.

Rasanya cukup la cheq membebel. Jom kita layan gambar sepanjang perjalanan kami dekat Pulau Pinang tadi. Walaupun pergi tak lama sebab papa nqk tengok bola malam ni. Janji anak-anak terhibur.












posted from Bloggeroid

Baca lagi
Comments

ALFALFA & VITA C ATASI MASALAH RESDUNG DAN ALAHAN



Entri kali cheq kongsi tentang 2 supplement shaklee ni.. Gabungan 2 supplement terbaik yang mempunyai fungsi tersendiri. Jadi kali ni cheq nak kongsi pengalaman cheq selepas cheq gunakan vita C dan juga Alfalfa ni.

Setengah orang yang ambil set ni untuk mengatasi masalah resdung, alahan dan untuk mengatasi masalah kulit wajah berjerawat. Ada juga yang amalkan untuk tujuan berasingan. Contohnya ada yang ambil alfalfa untuk atasi masalah resdung. Manakala vita C membantu mencerahkan kulit. Jadi dari nak guna untuk satu masalah dah dapat lagi untuk kebaikan lain.

ATASI RESDUNG

Dulu masalah resdung cheq boleh dikatakan teruk
Sampai tahap bila termakan sesuatu yang boleh sebabkan alahan habislah muka macam dicucuk botox!
Cheq hanya makan alfalfa je mula-mula. Memang terbukti sebab dah tak ada rasa gatal. Alfalfa ni membantu mengatasi alahan. Khasiat daripada raja tumbuhan ni memang dah terbukti dalam mengatasi masalah alahan. Selain membantu melancarkan peredaran darah. Alfalfa juga bertindak membuang toksin dalam badan.

Bila dah ada resdung mesti ada jerawat. Betul tak? Jadi untuk atasi masalah jerawat cheq amalkan pengambilan vitamin C. Ia membantu mengatasi masalah jerawat dan memudarkan kesan jerawat. Istimewanya vita C ni adalah cara penyerapan vita C Shaklee yang unik. Kita tahu vita c merupakan vitamin mudah larut. Jadi tempoh untuk badan kita menyerap nutrisi vitamin c agak pendek. Tapi vita C Shaklee menggunakan formulasi penyerapan yang berkala membantu penyerapan vitamin menjadi lebih lama. Selain tu vita c juga membantu dalam meningkatkan imunisasi badan kita.

Untuk kesan yang lebih baik, alfalfa dan vita C juga boleh dijadikan sebagai masker wajah. Dengan cara ni masalah kulit kita dapat diatasi. Cheq pun sampai sekarang masih lagi setia dengan 2 supplement ni. Jadi pada korang yang tengah mencari produk yang sesuai untuk mengatasi masalah resdung mahupun alahan apa kata cuba dapatkan set ni.

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
 ✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

posted from Bloggeroid

Baca lagi
Comments

RAHSIA ANAK SUKA MAKAN

PENANGAN MEALSHAKES BUAT ANAK BERSELERA

cuba mealshake tengok!

Entri kali ni nak kongsi lagi tentang item promosi kita bulan ni, Mealshakes. Disebabkan bulan ni ada 2 promosi jadi banyak benda nak kongsi dengan korang tentang kebaikan selepas amalkan pengambilan mealshakes dan satu lagi item promosi iaitu ESP. Tapi kali ni kita cerita pasal mealshakes. Sebab anak cheq pun dah mula ambil mealshakes. Banyak perubahan yang sheq nampak lepas anak cheq ambil mealshakes ni. 

Tahu kan mealshakes ni kaya dengan sumber kalsium dan protein yang memang diperlukan untuk tumbesaran anak kita. Sebab tu kalau ada yang tanya apa nak kasi pada anak cheq akan cadangkan mealshakes. Sebab sebelum cheq bagi mealshakes pada 2 orang anak cheq, berat badan dengan antibodi memang tak berapa nak elok. Nak pulak kakak siap kena bawa pergi jumpa pakar pemakanan sebab berat tak stabil. Tapi sekarang memang cheq puas hati sangat dengan perubahan pada anak - anak cheq. 

Sekarang kalau tiba waktu makan dah tak perlu nak terjerit panggil makan. Masing - masing dah tahu tempat masing - masing. Dulu kalau masak nasi 2 cup je sehari, tapi sekarang kena masak 4 cup untuk malam sekali kadang kala malam kena masak lain! Syukur sangat dengan perubahan ni. 

BAGAIMANA MEALSHAKES MEMBANTU

Kandungan nutrisi yang terdapat dalam Mealshakes terdiri daripada sumber yang kaya dengan kalsium, fiber dan protein. Untuk menambah selera makan anak, kita memerlukan sumber protein. Jadi kandungan protein yang terdapat dalam mealshakes membantu mengisi keperluan tubuh. Selain membantu penyerapan yang lebih baik terhadap makanan yang diambil oleh anak kita. Turut membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting.

Antara kebaikan Mealshakes untuk anak kita:
  • mempunyai rasa vanilla yang menjadi kegemaran kanak - kanak
  • rendah lemak dan kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral dan juga kalsium yang penting untuk tumbesaran anak 
  • memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun anak 
  • meningkatkan selera makan 
  • menangani masalah sembelit
  • pilihan terbaik untuk anak yang tak pandai telan supplement bebentuk tablet
Sementara masih berbaki beberapa hari lagi promosi bulan Oktober ni. Apakata dapatkan mealshakes untuk anak korang sekarang. Sekarang beli 3 dapat free 1! Berbaloi sangat!

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
 ✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top