Comments

TIPS & PETUA PASTIKAN MISS V BERSIH & SELESA

Sebenarnya isu ini haruslah dipandang serius. Walaupun terlindung daripada pandangan namun tidak bermakna kita tidak perlu mengendahkan kesihatannya. Pelbagai masalah serius akan timbul sekiranya kebersihan vagina tidak diambil peduli. Antara tanda yang boleh menunjukkan vigina tidak sihat adalah vagina berbau @ mengeluarkan cecair yang berwarna kekuningan, kelabu, hijau serta berketul2. Disini mamabbbam ada menyediakan beberapa tips penjagaan kebersihan miss v.
~ basuh kawasan luar vagina dengan air suam setuap hari
~ hindari penggunaan sabun yang boleh menyebabkan kekeringan
~ elakkan pemakaian pencuci alat sulit secara berlebihan
~ trim bulu di kawasan vagina kerana ia boleh menyebabkan kelembapan yang berlebihan dan memerangkap bakteria
~ ketika datang bulan, tukar tuala wanita sekerap yang mungkin
~ bagi yang sering menggunakan pelapik seluar dalam ia perlu ditukar lebih kerap bagi memenuhi udara yang bersih untuk vagina
~ tukar seluar dalam tiap kali selepas mandi
~ bagi yang mempunyai masalah keputihan, disarankan memakai pelapik seluar dalam bagi mengelakan keputihan terlekat
~ bagi yang sudah berkahwin, pastikan bahagian intim dibersihkan terlebih dahulu sebelum dan selepas bersama pasangan
~ amalkan buang air kecil selepas bersama untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kecil
~ jangan berkongsi alat pencukur kerana ia boleh menyebabkan penyakit berjangkit seperti Hepatitis B
Disini mamabbbam ada sertakan beberapa petua turun temurun untuk mengatasi dan membersihkan kawasan intim.
~ rebus daun sireh dan gunakan air rebusan untuk membersihkan kawasan vagina. Ia juga dapat membantu masalah keputihan dan bau
~ daun kucai boleh dijadikan sup. Amalkan makan sup kucai untuk mengatasi masalah keputihan
~ rebus asam keping dan gunakan air rebusan untuk mencuci bahagian sulit. Ini dapat membantu melegakan kegatalan
~ ambil 5 biji buah manjakani dan ambil air rebusannya untuk digunakan mencuci bahagian intim. Air rebusan boleh bertahan selama 3 hari
Selain petua terdapat berbagai jenis keluaran air pembersih bahagian intim dipasaran. Tapi pastikan tahap pH yang sesuai dengan kulit di bahagian intim. Pengambilan supplement juga boleh dijadikan pilihan kerana ia bukan sahaja dapat membantu luaran tetapi juga dapat membantu dari dalaman. Afalfa Shaklee juga boleh diamalkan kerana Alfalfa bertindak membantu mengatasi masalah keputihan. Disamping membantu mengetatkan bahagian intim. Kita juga haruslah sentiasa peka pada perubahan bahagian intim. Bila miss V selesa dan bersih kita pun dapat menghindarkan penyakit berjangkit dan boleh membuatkan pasangan makin sayang! Jadi jom amalkan untuk kesejahteraan kita bersama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top