Comments

SET ASAS BERSALIN PEMBEDAHAN

Bismillah.
Beberapa hari yang lalu, ada adik angkat MamaBbbam telefon. Dalam pantang katanya. Patutlah lama tak dengar berita. Dalam bertanya khabar ada niat rupanya. Nak mengajukan soalan pada MamaBbbam berkenaan luka jahitan akibat dari operation. Biasalah kalau orang perempuan kalau dah berbual. Dari tanya itu ini. Bagi pendapat. Akhirnya si adik ni tunjukkan pada MamaBbbam kesan luka pembedahan dia. Dah dekat sebulan masih lagi keluar air dari celah kesan pembedahan. Macam pelik pulak rasanya. Sepatutnya dah kering. Tapi mungkin lain orang lain caranya.
Berkongsi pengalaman MamaBbbam ketika berpantang tahun lepas. Rasanya dalam 2 minggu dah kering. Tak ada rembesan air keluar pun. Cerita punya cerita rupanya lupa yang MamaBbbam amalkan pengambilan Zinc, Vita C dan ESP.
Nak dijadikan cerita MamaBbbam kongsikan kebaikan dan andaian kepada terjadinya rembesan air di kawasan pembedahan tu. Bukan lah kata hebat tapi tak salah kita berkongsi pengalaman. Mana tau hasilnya nanti berkesan.
KENAPA TERJADINYA REMBESAN
- mungkin disebabkan pemakanan yang menyebabkan luka lambat untuk sembuh
- luka jahitan belum pulih sepenuhnya
- keadaan fizikal yang melambatkan kawasan luka kering (kegemukan)
Banyak lagi punca kepada berlakunya rembesan.

FUNGSI SET ASAS
Dalam set asas pantang pembedahan ada 3 gabungan yang mempunyai fungsi tersendiri. Antara fungsinya:
ZINC
- membantu dalam penyembuhan luka
- mengelakan jangkitan kuman
VITA C
- bertindak sebagai agen penting dalam penyembuhan tisu
- menguatkan imun ibucyang masih lemah daripada jangkitan kuman
ESP
- sumber protein yang terdapat dalam ESP membantu mempercepatkan penyembuhan luka
- membentuk DNA baru untuk mengantikan tisu badan yang rosak akibat pembedahan
- sebagai sumber tenaga

Jadi MamaBbbam syorkan pada adik tu set asas ni. Sebab selain membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Set ini juga memberi "benefit" lain pada tubuh si ibu. Contohnya Vita C dapat membantu memberi kecerahan pada kulit. ESP membantu mencerahkan parut pembedahan. Jadi dah boleh jimat duit. Semoga adik angkat MamaBbbam nanticepat sembuh dan boleh kongsi pengalaman dia dalam menggunakan set asas berpantang ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top