Comments

RESEPI KEK COKLAT CARAMEL

Assalammualaikum...
Sempena bulan Ramadhan yang berbaki beberapa hari lagi nih.. Terasa nak kongsi satu resepi pulak.. Entri kali ni nak cite pasal makanan lah pulak. Resepi ni watiey dapat masa tengah membelek2 aneka resepi juadah berbuka hari tu. Cuma diolah untuk lebih mudah dan ringkas. Maklumlah, watiey ni rajin orangnye..
Disebabkan watiey ni peminat tegar puding caramel. Sebab tu apa sahaja yang berkaitan dengan puding caramel mesti akan ambil tahu.. Jom kita tengok antara bahan2 yang perlu kita ade untuk membuat kek coklat caramel ni..



BAHAN-BAHAN UNTUK CARAMEL
- 5sdb gula
BAHAN -BAHAN UNTUK PUDING
-1cwn susu cair
-gula
-3bj kuning telur
- sedikit esen vanilla
BAHAN - BAHAN UNTUK KEK 
BAHAN A
- 1cwn serbuk koko
- 1cwn susu cair
- 1/2cwn susu pekat
- 1/2cwn gula
- 1cwn minyak
(semua bahan ini disatukan dalam periuk dan dimasak diatas api yang sederhana seketika)
BAHAN B
-3/4cwn tepung gandum
-1sdk soda bikarbonat
-1sdk baking powder
(3 bahan ini diayak sekali)
BAHAN C
- 4bj telur (diblend)
CARA-CARA MEMBUATNYA
STEP 1
-masak gula didalam loyang dengan api perlahan.
-biarkan gula cair dan sejukkan.
-ketepikan.
STEP 2
-campurkan bahan puding dan gaul sebati.
-pastikan puding tidak berbuih untuk dapatkan tekstur yang cantik.
-nak lagi senang blend semua.
-masukkan dalam loyang yang sudah sejuk tadi.
-kukus selama 30minit.
STEP 3
-satukan bahan B dan C kedalam bahan A.
-tuang adunan dalam loyang puding tadi secara perlahan-lahan menggunakan senduk.
-kukus lagi selama 45minit atau sehingga masak.
-nak pastikan dah masak boleh cucuk menggunakan garpu..

pastikan puding tidak berbuih ketika digaul untuk hasil yang cantik
Nampak macam susah. Tapi sebenarnya mudah saja. Rasanya memang best.. Jadi lepas ni bolehlah buat sebagai pencuci mulut lepas berbuka. Nak lagi sedap biarkan dalam peti sejuk. Memang terbaik!
Baca lagi
Comments

SET BERPANTANG PILIHAN RAMAI


Setiap wanita pasti ingin merasai pengalaman melahirkan anak. Jika ada yang tak bersetuju mesti ada "sesuatu" dengan wanita itu. Apabila dah melahirkan, perkara utama yang amat dititikberatkan adalah penjagaan selepas bersalin atau berpantang. Bagi wanita melayu, berpantang adalah salah satu perkara wajib yang harus diikuti untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan dalam masa yang sama mengembalikan semula bentuk badan sebelum hamil. Terdapat banyak pilihan produk dipasaran sekarang yang menampilkan berbagai jenis pilihan untuk berpantang. Tapi pastikah kita yang semua produk berpantang itu berkesan? Jangan hanya melihat pada testimoni zahir saja.
Bagi entri kali ini, Watiey nak bagi cadangan untuk ibu2 hamil yang sedang mencari Set Berpantang untuk mencuba Set Berpantang Shaklee. Dalam set berpantang ini terdapat beberapa jenis supplement yang setiap satunya mempunyai fungsi berlainan dan khusus untuk membantu menyembuhkan dan merawat ibu2 yang sedang berpantang. Selain diperbuat dari sumber semulajadi tanpa campuran herba. Ini kerana penggunaan bahan sperti herba atau akar kayu dikhuatiri akan memberi kesan kepada bayi. Ia bertindak melalui penyusuan ibu yang mana akan membuatkan bayi kurang selesa dan takut akan memberi kesan yang lebih buruk. Macam Watiey sendiri, pengalaman menggunakan Set Berpantang Shaklee membuatkan Watiey percaya dan yakin. Sebab itu Watiey tak ragu nak cadangkan pada korang pulak. Jom kita risik setiap satu supplement yang terdapat dalam set berpantang ni serta fungsinya. 

SET BERPANTANG SHAKLEE
VITALEA
- membekalkan keperluan vitamin dan mineral ibu terutama zat besi yang membantu ibu lepas bersalin yang banyak kehilangan darah semasa proses bersalin.
-selain memberikan tenaga untuk kekal bertenaga ketika berjaga dimalam hari

B COMPLEX
- dikenali sebagai vitamin anti stree
- membantu mengelakan meroyan
- membantu menstabilkan hormon agar memudahkan proses penyusuan susu ibu

VITA C
- bertindak sebagai agen penting dalam penyembuhan tisu serta membantu pembentukan susu ibu
- bertindak menguatkan imun ibu yang masih lemah dari dijangkiti penyakit berjangkit seperti selsema, demam dan lain2
- juga membantu penghasilan susu ibu

ZINC
- membantu dalam penyembuhan luka
- mengelakan jangkitan pada luka

Jadi dah tahu kenapa Watiey suka dengan set berpantang Shaklee ni. Selain itu setiap gabungan supplement ini turut memberi kesan lain pada badan kita. Contohnya gabungan Vita C dan B Complex dapat mengembalikan keserian wajah. Jadi tak adalah wajah pucat tak bermaya ketika berpantang. Selain itu, boleh juga tambah OSTEMATRIX untuk membantu mengatasi masalah sembelit ketika berpantang. Rasanya semua ibu berpantang akan melalui detik ini. Tapi kalau nak pembuangan jadi lancar cepat2 "add on" Ostematrix! 

JIKA BERMINAT NAK MENDAPATKAN SET BERPANTANG INI..BOLEH DAPATKAN DENGAN MENGHUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH..

ATAU 
LEBIH SUKA BERSHOPPING SENDIRI.. BOLEH KLIK LINK DIBAWAH UTK PEMBELIAN SECARA SDN BHD..







Baca lagi
Comments

SUKA DUKA KITA

Alhamdulillah..
Semalam genaplah usia berkahwinan kami yg ke 9 tahun.. Suka duka selama lebih 10 tahun bersama..
Jom baca kisah cinta kami pulak. Hehehe...
Setiap perhubungan ada pahit manisnya.. Kita pun tak lari dari melakukan kesilapan. Tapi berkat perkongsian hidup kita dan alhamdulillah perangai kita yang "sekepala".. Semuanya dapat kita atasi.
Teringat detik pertemuan yang tak dijangka. Macam tak sangka pulak kini kita dah bersama lebih 10 tahun!
Semoga dimasa akan datang hubungan kita akan bertambah erat.. lagi bahgia dari masa ke semasa..
amin..
Ni jer gambar yang dapat dikongsi. Tengok muka suami daku masa ni, jambu gila.. Hehehehe..
Jom layan gambar kat bawah ni..

                          

Tahun ni kita sambut secara sederhana disebabkan puasa. Jadi semua buat di rumah.. Lagi best sambut dengan anak2.. Melayan kerenah anak2.. Papa siap masak roti john tuk kami.. Tenkiu papa!!



Baca lagi
Comments

SHOPING LEBIH MUDAH DENGAN eSell

Bismillah..
Watiey nak kongsikan satu khabar gembira untuk korang yang lebih suka membeli sendiri. Sekarang seiring dengan kecanggihan semasa, Shaklee dah melangkah ke satu lagi tahap untuk lebih memudahkan kita. Jika sebelum ini, hanya SID yang boleh mengakses sistem online Shaklee. Kini korang pun boleh mengakses sistem Shaklee SENDIRI untuk membuat belian. Hebatkan?
Jadi apa kata kita pelajari bersama..

  • INTERNET
 Untuk akses eSell perlu melalui web browser Mozilla Firefox. Browser lain masih belum support untuk mengakses eSell. Bagi pengguna telefon pintar, korang boleh cuba melayari menggunakan browser Flash Fox.

  • KAD DEBIT / KAD KREDIT
Sama seperti pembelian secara atas talian yang lain. Selepas membuat pembelian di eSell, korang perlu mengisi maklumat untuk membuat pembayaran dan maklumat penghantaran. Setiap penghantaran dibuat melalui sistem pengeposan.

  • LINK PEMBELIAN
Korang perlu menggunakan link daripada blog, laman sesawang yang diberikan oleh SID. Dengan satu klik sahaja, korang dah pun boleh melayari sistem eSell dan membuat pembelian. Pada masa yang sama, korang akan mendapat konsultansi daripada SID tersebut.

3 langkah mudah yang perlu korang fahami. Dengan cara ini korang dah boleh membuat pilihan produk sendiri. Sekarang Watiey nak terangkan pula cara yang perlu dilakukan apabila dah akses ke dalam sistem eSell. Jom tengok langkah demi langkah di bawah ini untuk panduan kita bersama..

LANGKAH - LANGKAH PEMBUAT BELIAN MELALUI eSell
Untuk panduan bagi yang ingin membuat pembelian melalui eSell. Jom ikuti langkah2 dibawah. Memang mudah..






Jom kita klik klik eSell dan mudah dan senang. Shaklee dah mudah sekarang! Dah senang nak dapatkan Shaklee kan? 
SELAMAT MENCUBA..
Baca lagi
Comments

BAHAYANYA MG PADA IBU HAMIL DAN BAYI


Tahu apa itu MG? Atau Myasthenia Gravis? Jujur watiey pun tak tahu. Tapi terpanggil nak mencoret alkisah disebalik penyakit ini. Penyakit ini jarang kedengaran dan hanya berlaku dalam 1 dalam 20,000 kehamilan. Jadi kita dah tahu serba sedikit. Penyakit ni menyerang ketika hamil. Jadi untuk mereka yang hamil, penting untuk kita ketahui serba sedikit. 
Myasthenia dalam bahasa Greek bermaksud otot. Manakala Gravis adalah perkataan yang disingkatkan menjadi MG secara terang menjelaskan bahawa ia merupakan sejenis penyakit otot imun yang kronik. Keadaan ini disebabkan antibodi menghalang penerima acetylcholine di cabang post-synaptic neumuscular lalu menyekat kesan rangsangan neutrotransmitter acetylcholine. Harap korang dapat memahami beberapa perkataan sains yang watiey sebut ni. Boleh rujuk gambar diatas. Lazimnya bahagian otot yag terlibat dalam permasalahan ini ialah mata, muka,tekak dan pernafasan. Apabila MG melanda, otot2 terbabit bertukar menjadi lemah.

TANDA SERANGAN MG
Bahagian otot mata umpamanya akan menjadi kuyu seperti mata keletihan dan kadang kala penglihatan menjadi berganda. 
Jika mengenai bahagian muka pula, pesakit tidak dapat menunjukkan sebarang ekspresi seperti tidak boleh senyum mahupun menelan. Dalam kes yang lebih teruk, ada pesakit yang tidak mampu mengeluarkan suara sehingga sukar untuk bercakap. Walaubagaimanapun, yang paling ditakuti ialah serangan ke atas otot pernafasan. Apabila MG menyerang, ia akan menganggu pernafasan hingga mengundang maut jika tidak dirawat dengan segera!
                                               
Penyakit ini akan menjadi lebih teruk jika dialami oleh golongan ibu hamil yang sentiasa aktif. Tetapi jika kita relaks, masalah ini akan pulih seketika. Selalunya sepanjang terismester pertama MG akan menjadi lebih teruk. Namun apabila kandungan mencecah terismester kedua dan ketiga ia akan menjadi stabil semula. Masalah ini mungkin akan bertambah teruk selepas kita melahirkan bayi. Dalam keadaan tertentu, kadang kala masalah ini akan bertambah terutama jika anda terlalu stress atau mengalami apa2 jenis penyakit. 

PEMANTAUAN KHUSUS
Sekiranya didiagnosis menghidap MG dan pada masa yang sama hamil, usah khuatir. Kebiasaanya tiada masalah besar yang akan berlaku untuk anda meneruskan kehamilan seperti wanita normal. Apa yang perlu dilakukan ialah mengikut jadual pemeriksaan yang telah ditetapkan oleh pakar sakit puan dan perbidanan di samping doktor pakar nuerologi. 

KESAN KE ATAS BAYI
Penyakit ini boleh menjangkiti bayi yang telah dilahirkan. Puratanya adalah antara 10 - 20%. Memandangkan tubuh ibu menghasilkan protein yang melawan antibodi dan boleh melalui uri, jadi secara langsung ia boleh memberi kesan pada bayi. Selepas dilahirkan, bayi boleh mengalami neonatal MG sementara. Namun, ia lazim berlaku dalam tempoh antara tiga minggu hingga dua bulan. Sekiranya MG menyerang bayi, si kecil mengalami masalah paling ketara iaitu tidak berupaya untuk menyusu dengan baik akibat kesukaran menelan. Antara masalah lain, dia turut boleh mengalami masalah pernafasan, otot muka menjadi lemah dan sebagai. Doktor pakar kanak2 perlu dimaklumkan tentang MG yang menyerang anda sewaktu hamil. Ini sedikit sebanyak dapat membantu doktor terbabit untuk menjangkakan sesuatu apabila bayi sudah lahir agar dapat mengatasi masalah ini di peringkat awal. 

RAWATAN
Rawatan yang diperlukan dalam mengatasi MG melibatkan ubat - ubatan dan pembedahan. Ubat - ubatan yang digunakan mengandungi cholinestenose inibitor bagi membantu membaiki fungsi otot dan dadah imunosuppressant untuk mengurangkan proses automun. Selain pada itu, thymus kerana ia dikhuatiri boleh membesar dan mengakibatkan komplikasi MG menjadi lebih parah. Untuk rawatan kecemas, IVIG boleh dilakukan dengan melakukan prosedur mencuci darah supaya antibodi keeluar daripada badan. 
Baca lagi
Comments

RAHSIA TAMPIL CERGAS DI BULAN RAMADHAN

Selamat berpuasa. Dah beberapa hari kita berpuasa. Jadi adakah stamina kita di hari pertama puasa dengan hari2 yang mendatang ni sama? Masih cergas atau dah makin lemah? Ketika berpuasa, kita kehilangan banyak air dalam badan kita. Lebih teruk lagi boleh menyebabkan kadar hidrasi dalam badan kita berkurangan. Ditambah pulak dengan cuaca panas yang tengah melanda negara kita. Untuk pastikan kita kekal cergas dan bertenaga di bulan Ramadhan ini, kita memerlukan sesuatu yang dapat mengembalikan tahap kecergasan dan bantuan untuk mengekalkan kadar dehidrasi dalam tubuh kita.

APA YANG BOLEH MEMBANTU MASALAH KITA
Perfomance Drink. Ini kerana Peformance Drink merupakan minuman elektrolit yang lengkap dengan campuran unik karbohidrat - karbohidrat. Elektrolit penting untuk badan kita kerana ia bertindak mengawal keseimbangan air dalam badan kita. Perfomance Drink mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
Rasanya seakan 100 plus atau revive cuma yang membezakannya Perfomance Drink tidak berkabornat. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum. Ujian klinikal juga membuktikan rumusan eksklusif Opticarb yang sudah dipaternkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda. Ini akan memberikan tenaga dan memelihara perjalanan bendalir dalam badan kita. Jadi bila berpuasa, ia dapat mengurangkan rasa haus. Ini kerana Perfomance Drink mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi. Ini terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air.
Khasiat pada kulit pula, apabila kadar hidrasi dalam badan terkawal. Kulit akan sentiasa lembap dan tidak akan berlaku masalah seperti bibir kering, kulit kering. Jadi pada yang nak kekalkan kesihatan kulit untuk nampak anggun lebaran nanti. Mesti kena cuba Perfomance Drink.
*Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
*Perfomance Drink ia direka khas untuk para angkasawan NASA!

BERMINAT UNTUK DAPATKAN.. LEBIH SUKA BELI SENDIRI? 
KLIK DISINI..    http://tinyurl.com/plkfh6a
@
UNTUK PEMBELIAN BOLEH HUBUNGI WATIEY DAN JIKA BERMINAT NAK SERTAI KAMI SEBAGAI AHLI SHAKLEE.. BOLEH HUBUNGI KAMI SEPERTI DIBAWAH INI..





Baca lagi
Comments

elak tua dari usia sebenar bersama VIVIX

Assalam.. dalam entry kali ini kita nak kupas pasal masalah yang cukup dirisaukan dan sangat sinonim dengan wanita. Tapi juga lelaki.. Apa agaknya??? 
tua sebelum usia.. jangan biarkan ia menimpa kita
Tidak ada sesiapa yang ingin kelihatan tua daripada usia sebenar.Bukan hanya pada kecantikan tapi juga tahap kesihatan badan yang tak sekuat usia sebenar. Persoalannya... Bolehkah atau dapatkah kita mengelak @ meperlahankan proses penuaan?? Jawapannya.. Sebelum tu jom kita kaji dan selidik dulu punca-punca yang menyebabkan seseorang itu kelihatan lebih tua dari usia.. Sapa tahu apa itu makanan tambahan antioksidan?? Apa tu antioksidan??
ANTIOKSIDAN merupakan zat yang mampu memperlahakan @ mencegah PROSES PENUAAN @ OKSIDASI. Kita memerlukan pemakanan tambahan antioksidan yang mencukupi. Walaupun kita mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang iaitu makanan sayuran, buahan pelbagai warna, daging organik serta pelbagai jenis bijiran mahupun kekacang. Semua itu belum MENCUKUPI keperluan seluruh tubuh kita. 


PUNCA  PENUAAN PADA TUBUH KITA
  • pencemaran alam sekitar
  • cara hidup yang kurang sihat
  • amalan pemakanan
  • sumber pemakanan
  • tindakbalas @ kesan pengambilan ubat
KESAN PADA TUBUH KITA
Dengan persekitaran dan amalan gaya hidup yang tidak sihat, tabiat merokok & amalan pemakanan. Ini akan mempercepatkan proses penuaan. Antara kesan penuaan yang boleh kita lihat. Lebih buruk lagi, kita akan kelihatan 10tahun lebih tua dari usia sebenar!!! Antaranya
  • masalah kulit seperti jeragat, jerawat, bintik-bintik hitam, kulit tak sekata
  • mudah dijangkiti penyakit seperti selsema, demam, batuk
  • senang tercedera seperti seliuh, luka pada kulit @ otot
  • ketahanan badan yang lemah
  • lambat sembuh dari penyakit
BANTUAN DAN CARA MENGATASI
 Saranan saya??!! Semestinya VIVIX. Kenapa? 
VIVIX mengandungi campuran unik botani polygonum, cuspidatum, anggur muscadine, elderine eropah dan lobak ungu yang kaya dengan POLIFENAL.Apa tu POLIFENAL? Polifenal adalah kumpulan fitakima yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel penuaan. 

Polifenol yang terdapat dalam 4 bahan diatas mengandungi kandungan polifenal yang lebih tinggi & resveratrol yang tinggi yang terbukti dapat melambatkan kesan penuaan.

Bukti penyelidikan menunjukkan penemuaan antioksidan yang bermanfaat seperti ekstral anggur mampu berfungsi dan lebih berkesaan apabila bergabung dengan antioksidan asas lain termasuk vit A,C,E & Galian zink. Secara ringkasnya, antioksidan bermaksud sesuatu yang mengimbangi atau meneutralkan pengoksidaan. Tak faham?? Saya bagi contoh mudah. Apabila kita potong sebiji buah epal. Kemudian kita biarkan selama beberapa minit. Cuba kita lihat balik selepas beberapa minit tu, keadaan buah epal tadi akan berubah kepada warna keperang-perangan. Proses ini dinamakan PENGOKSIDAAN. Bagaimana ia berlaku?? Ia berlaku disebabkan kesan radikal bebas dalam udara. Dan ekstra eksperimen lagi. Cuba kita perahkan pulak sedikit jus limau atas epal tadi dan lihat hasilnya. Proses pengoksidaan akan akan menjadi perlahan atau tidak berlaku langsung!! Hebat bukan? Begitu juga dengan tubuh kita. Nak ke tubuh kita jadi macam epal tadi?? Tentu sekali TIDAK!! So kita memang perlukan VIVIX.
Baca lagi
Comments

SELFIE BERSAMA ORANG TERSAYANG


Suka berselfie? Begitu juga watiey. Akhirnya menjebak kepada anak.. Dari satu anak bawak ke dua orang anak.. Nikmati saat indah bersama tak kira dimana. Seperti dalam gambar, dalam kereta pun jadi kerja. Nak berselfie perlukan mood yang happy2 gitu.. Jom nak kongsi kisah di sebalik gambar berselfi bersama orang tersayang dalam hidup watiey. Selamat membaca kisah selfie bersama orang tersayang dalam hidup watiey!

KISAH PERTAMA:
Tiap kali kami berselfie pasti akan keluar aksi "duckface". Pertama kali nak mengajar kakak ber"duckface". Kesian anak mama jadi mangsa untuk aksi "duckface". Dalam perjalanan nak menghadiri kenduri pun sempat nak berselfie dengan kakak. Akhirnya kakak bersuara, "kalau ada adik nanti suruh adik buat sama "duckface". Rupanya kakak bosan asyik berselfie berdua dengan mama.. Dalam hati mama dah tersenyum gembira sebab kakak macam tahu2 ada sesuatu yang mama nak hadiahkan pada dia nanti.. Teman untuk dia berselfie! Lepas ni bertambah lagi teman berselfie bersama orang tersayang dalam hidup mama. 

KISAH KEDUA:

Tadaaaaa!! Saya dah ada kawan nak berselfie!! Suka sangat kakak bila dah ada adik. Time gambar ini diambik, adik baru nak belajar kepakaran dari kakak macam mana nak berselfie. Setelah hampir lima tahun tunggu akhirnya dapat juga kawan nak berselfie. Cuma belum diajar kepakaran ber"duckface".. 

KISAH KETIGA:


Sekarang kami dah bertiga! Kongsi minat yang sama. Dari kami berdua dah jadi bertiga. Cuma papa belum layak untuk jadi ahli. Hehehehe.. Setiap suka duka kami hilang bila kami berselfie. Keakraban anak2 makin bertambah erat bila kami bergambar. Walaupun ada berita baru2 ni kata selfie ada gangguan mental. Betul ke? Tapi sebenarnya denagan berselfie bersama orang tersayang ni memberikan kita ruang untuk lebih rapat dalam hubungan kekeluargaan. Walaupun masa berselfie ni, kakak ada sedikit terasa hati dengan adik. Tapi hilang terasa hati lepas ajak berselfie! Lagi best kakak dah pandai ber"duckface"! Tinggal adik je belum mahir lagi. Hihihihi.. Inilah kisah berselfie bersama orang tersayang dalam hidup watiey. 



Mini Content Blogger bertemakan #Selfie
Dibawa khas dari Blog OurLoveBonding dan Readers Paradise
Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top