Comments

OMEGA GUARD SHAKLEE UNTUK ANAK ASTMA


Untuk entri kali ni watiey nak kongsi Omega Guard Shaklee bantu pulihkan anak astma. Sebelum tu, tahu tak sebab berlakunya astma? Astma atau lelah disebabkan oleh keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol dalam paru-paru menjadi sempit. Akibatnya akan menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Astma selalunya menyerang ketika kecil dan boleh berlarut hingga ke dewasa.

FUNGSI OMEGA-3
Tahu tak apa itu Omega-3??
Omega-3 merupakan sejenis lemak yang baik yang boleh didapati daripada ikan, telur beromega 3, kekacang dan sayuran seperti bayam & brokoli.

ini adalah sumber omega-3
Omega-3 yang terdapat dalam ikan, telur dan sayuran bukan dari jenis yang sama. Omega-3 terdiri daripada 3 jenis nutrien iaitu EPA,DHA & ALA. Omega-3 yang terdapat dalam ikan dikenali sebagai DHA & EPA. Manakala yang terdapat dalam sayuran dan kekacang dikenali sebagai ALA. EPA & DHA amat diperlukan untuk kesihatan jantung, otak dan perkembangan bayi dan juga orang dewasa. 

OMEGA-3 DAN ASTMA
Omega-3 bertindak mencegah penyakit astma ketika kanak-kanak. Tahukah korang dengan pengambilan Omega-3 setiap hari dapat mengurangkan penggunaan "emergency inhaler" sebanyak 31%. Selain itu, satu penyelidikan di Hospital Diraja Prince Alfred menunjukkan mereka yang memakan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko berkaitan masalah pernafasan. Omega-3 juga dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidap astma. 
Terdapat bermacam jenis supplemen Omega-3 dipasaran. Omega Guard Shaklee membekalkan 950mg Asid Lemak Omega-3, DHA & EPA berbanding dengan jenama minyak ikan yang lain. Jom usha rupa paras si Omega Guard Shaklee..




APA ADA DENGAN OMEGA GUARD SHAKLEE
Omega Guard Shaklee mengandungi 7 Asid Lemak Omega-3 semulajadi yang membantu menyihatkan jantung dan sendi. Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg Asid Lemak Omega 3 termasuk DHA & EPA. 
Omega Guard memang berkesan sebab watiey sendiri pernah cuba beri pada anak masa dia batuk. Kesan dia memang terbaik!

Jom tengok testimoni kat bawah ni mengenai kesan penggunaan Omega Guard Shaklee.


UNTUK SEBARANG INFO LANJUT DAN PEMBELIAN, 





Baca lagi
Comments

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN


Bismillah.. Esok dah puasa!! Semangat nak berpuasa.. Tahun ni harap2 dapat berpuasa dengan penuh keberkatan.. Entri kali ni nak kongsi amalan yang boleh kita lakukan ketika berpuasa. Untuk tatapan kawan2 dan diri watiey jugak.. Jom sama2 kita amalkan.. Bak kata orang, sharing is caring!!! 
Yang penting doa berpuasa. Jom kita start baca malam ni.. 


Boleh start baca doa malam ni! Jom kita baca untuk sebulan terus.. Dan malam2 berikutnya pun masih boleh diteruskan membaca doa. Ini kerana lagi banyak kita baca doa lagi berkat puasa kita. Jadi tak adalah kita terlupa kita berpuasa. Tak adalah termakan ke, terminum ke.. 
Jom kita banyak ibadat di waktu malam. Kita boleh mulakan dengan membaca Al-Quran, berzikir dan berterawih. Dan perbanyakkan solat sunat di malam hari..


Pada Ramadhan kali ini, jom kita sama2 bertadarus,, Jom kita sama2 mulakan misi untuk Qatam Al-Quran di bulan Ramadhan ni.Nak tahu tips untuk Qatam di bulan Ramadhan.. Ni ada tips nak kongsi..



Semoga dengan perkongsian ini, dapatlah kita sama2 mendapat keberkatan dalam menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.. Jom kita bermaafan sesama kita. Dan yang penting, jangan terlalu boros di bazar Ramadhan.. hehe.. Nanti nak pakai baju raya baru pulak.. Kalau terlajak makan boleh amek SET SLIMMING SHAKLEE.. 



Baca lagi
Comments

KENAPA BAYI MENANGIS


Sukar sebenarnya untuk kita mengetahui dan memahami kenapa bayi menangis. Nak pula mereka yang tiada pengalaman mempunyai anak. Anak sulung. Tetapi bagi yang dah berpengalaman, bayi menangis bukan lagi satu masalah besar yang membebankan mereka. Dulu sewaktu watiey membesarkan anak pertama. Watiey pun terjebak dalam masalah ini. Bermacam cara dah buat tapi masih lagi menangis. Jadi terpanggil dengan pengalaman sendiri, entri kali ini nak kongsi sesuatu yang diharap dapat meringankan beban dan memberi bantuan pada mereka yang mengalami pengalaman anak menangis.
Terdapat beberapa perkara asas mengapa seseorang bayi itu menangis. Jadi kita haruslah mengetahui terlebih dahulu puncanya sebelum boleh menenangkannnnya. Panduan berikut merupakan beberapa kemungkinan punca kenapa bayi menangis. 
  • PENYAKIT
Demam, selesema, atau penyakit lain mungkin menyebabkan bayi menangis, terutamanya jika tangisannya berbeza daripada biasa. Hidung tersumbat akibat selesema mungkin menghalangnya daripada menyusu. Oleh sebab itu, dia tidak dapat menenangkan dirinya walaupun sakitnya mungkin tidak begitu teruk. Segeralah merujuk kepada doktor sekiranya bayi menunjukkan sebarang simptom luar biasa. 
  • RUAM
Masalah seperti ruam lampin atau punggung yang sakit boleh menyebabkan bayi menangis. Jika punggungnya sakit, tanggalkan kain lampinnya, bersihkannya dengan sempurna. Biarkan dia tanpa memakai lampin sepanjang hari. Baringkan sahaja bayi diatas sehelai tuala atau kain lampin kapas. Ini dapat menghentikan ruamnya daripada menjadi lebih teruk. 
  • KEADAAN SEKITAR
Persekitaran yang tidak selesa juga boleh menjadi punca bayi menangis. Dia mungkin berasa terlalu panas atau sejuk dan ini merimaskan mereka. Elakkan keadaan terlalu panas. Jangan pakaikan terlalu banyak pakaian jika belakang lehernya berasa panas dan lembap. Kurangkan lapisan baju yang dipakai untuk mengelakkan kepanasan. Cahaya terang juga boleh menyebabkan bayi menangis. Pastikan lampu atau sinaran matahari tidak menyinari matanya. 
  • KEPENATAN 
Ciri - ciri terlalu penat atau letih akan ditunjukkan menerusi rengekan, kemarahan dan akhirnya tangisan. Bagi bayi yang sudah pandai merangkak atau berjalan, mereka akan menggunakan banyak tenaga kerana terlalu teruja. Ini akan membuatkan mereka kehabisan tenaga. Keadaan tersebut membuatkan dia menangis kerana keletihan. Bayi memerlukan kita untuk membantu mereka bertenang bagi membolehkannya melelapkan mata sebagai rehat yang diperlukan.
  • AKTIVITI YANG TIDAK DISUKAI
Rutin harian yang kadang kala membuatkan mereka tidak selesa dan menangis. Aktiviti seperti memakai, menanggalkan pakaian, mandi merupakan perkara yang kebanyakan bayi baru lahir tidak suka. Apa yang boleh kita lakukan ialah lakukan aktiviti tersebut secepat mungkin,  kemudian belai bayi untuk menenangkannya.

Lepas ni, kalau anak kita nangis dah tak perlu nak pening kepala. Apa kata, cuba keluar rumah, sekali sekala. Minta pasangan atau ahli keluarga yang rapat dengan kita mengambil alih seketika tugas menjaga bayi. Ini dapat membantu kita untuk memberi ruang kepada kita. Jom kita cuba!

Baca lagi
Comments

TIPS MENGATASI SAKIT ANAK TANPA BANTUAN UBAT


Anak selalu demam? selsema? batuk?.Biarpun mereka mempunyai pertahanan imunologi sejak lahir, namun ia belum cukup matang dan memerlukan masa untuk matang. Oleh kerana itulah mereka mudah terdedah kepada penyakit - penyakit biasa seperti demam, selsema, batuk dan sakit tekak.  Apa yang kita sebagai ibu bapa buat untuk pastikan anak kita cepat sembuh dan kembali ceria. Jawapan klise, UBAT. Tahu tak, anak kecil yang sakit tidak semestinya diberi ubat untuk sembuh seperti sedia kala. Dengan hanya melakukan beberapa amalan pelega semulajadi, penyakit ini pasti dapat diatasi. Kebergantungan kepada ubat akan menyebabkan sistem imuniti tubuh menjadi malas. Jika sekadar sakit biasa, rasanya biarlah badan bertindak balas sendiri. Dengan cara ini, imuniti badan mereka pasti berusaha gigih untuk menjadi lebih kuat.
Bagi anak-anak yang masih menyusu disarankan meneruskan penyusuan. Bagi anak-anak yang lebih berusia pula, seharusnya memberi mereka minum lebih banyak cecair seperti ais kosong, sup mahupun jus buahan. Selain bertindak menggantikan air dalam badan, pengambilan cecair juga turut mengukuhkan ketahanan dalaman diri anak-anak. Selain itu, kurangkan minyak dalam hidangan makanan untuk si manja yang tidak sihat. Ini kerana ketika sakit, lazimnya si manja kurang berselera untuk makan. Banyak lagi yang nak dikongsikan untuk ibu bapa untuk mengatasi anak ketika sakit. Jom kita baca dan praktikkan. Enjoy reading!

DEMAM
Apabila demam, ini bererti tubuh sedang melawan jangkitan. Kita dapat membantu si manja mengatasinya dengan cara:
  • berikan air kosong suam agar dia kekal hidrat
  • biarkan dia memakai pakaian nipis untuk mengelakan masalah kepanasan melampau 
  • lap tubuh mereka dengan air suam untuk melegakan ketidakselesaan akibat haba panas
SELSEMA
Masalah ini boleh timbul secara tiba-tiba dan kadang kala diiringi dengan demam. Bantu si kecil kita mengatasinya dengan beberapa petua berikut:
  • pastikan si kecil mendapat rehat yang secukupnya
  • galakkan dia berkumur menggunakan campuran garam dan air suam. Air garam dapat melegakan sakit tekak. Selain itu, boleh cuba titiskan air garam di hidung untuk membantu melonggarkan mukus dan melembapkan kulit di bahagian berkenaan
  • kekalkan tahap dehidrasi mereka. Cecair yang mencukupi memastikan tubuh mengatasi jangkitan selsema yang dialami
SAKIT TEKAK/BATUK
Penyakit ini mungkin disebabkan oleh selsema, alahan, radang tonsil dan banyak lagi. Cara mudah untuk mengatasinya:
  • minta dia berkumur dengan air garam
  • beri dia minum banyak air agar tekak kekal lincir
Bagi yang mengalami sakit tekak berterusan selama dua hari dan jika pada masa yang sama dia sukar bernafas, susah menelan, mengalami dehidrasi (mulut keringdan kurang buang air kecil) serta demamnya melebihi 40 darjah celsius. Selain itu, jika lelehan hingusnya berwarna kuning atau hijau, timbul ruam serta muntah lebih dari sekali, segera berjumpa doktor. 
Shaklee sendiri mempunyai vitamin untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh anak-anak kita. Watiey sendiri dah mencuba pada anak-anak. Dan hasilnya memang teerbukti. Anak-anak kurang dijangkiti sakit. Dan turut membantu dalam menaikkan selera makan mereka. Jom tengok apa watiey amalkan untuk anak watiey. 
Untuk makluman, vitamin ini bagus dalam membantu imuniti mereka bertindak balas. Selain itu, dapat memberikan banyak lagi khasiat seperti membantu perkembangan otak mereka.Selain meningkatkan selera makan anak kita. Pada yang nak mencuba boleh hubungi watiey seperti tertera dibawah. 

UNTUK PEMBELIAN PRODUK DAN INFO TENTANG PRODUK. NAK SERTAI KAMI SEBAGAI AHLI SHAKLEE JUGA BOLEH HUBUNGI WATIEY...







Baca lagi
Comments

puding caramel punya cerita

Bismillah..
Inilah puding caramel aku baru buat minggu ni. Semenjak jadi WAHM ni, rajin dah meringankan tangan buat puding, agar-agar, kuih. Sejak dua menjak ni, selera anak2 dah banyak ragam. Kalau dulu nasi siang malam, sekarang dah pandai request nak makan kek la, roti la.. (tq pada mealshakes). Tapi seronok tengok anak makan walaupun kadang kala rasanya tak berapa nak menjadi.
Entri kali ini, aku nak kongsi pengalaman aku belajar buat puding caramel ni. Macam tak percaya sekarang boleh dibanggakan jugak kemahiran aku dalam membikin puding ni. hihihi.. Dulu masa pertama kali buat, aku hanya tengok dalam buku. Aku heran macam mana nak buat jadi bercaramel puding ni.Disebabkan kerendahan tahap pemikiran dalam bidang memasak ni, aku pulak jenis besar kepala aka sombong, malu nak bertanya. Aku pun buat sendiri dulu.
Pertama kali buat, jadi pulak bahagian puding tu. Seronok sangat2 time tu.Tapi belum masuk bab nak membuat caramelnya. Tapi nak dijadikan cerita, tengok buku resipi, (amek resepi dari mulut ke mulut), aku panaskan dan tuang atas puding aku yang cantik tadi. Hasilnya? Dari rata cantik dah bertukar jadi gunung berapi. Aduhai.. Lepas kejadian itu, barulah aku tahu cara yang betul. Tapi bak kata orang, pengalaman mengajar kita buat yang lebih baik. Sekarang lepas dah bertahun2 buat (macam chef lak).. Barulah boleh dibanggakan.
Sekarang kalau rasa nak makan je, mesti pergi dapur. Sejam dah siap boleh makan. Hebatkan?? Disebabkan puding caramel ni one of my favourite jadi boleh dikatakan seminggu sekali mesti buat. Jadi dah terjebak pada anak2. Tapi kena berpada2 sebab kandungan gula dalam caramel ni boleh dikatakan tinggi juga. Jadi lepas makan kena pastikan amek something yang boleh bantu gula tu x jadi kolestral dalam badan.. Jadi aku kena pastikan lecithin menyusul lepas makan caramel ni. Sebab tu kot badan maintain je. huhuhuhu..
So pada yang terliur nak makan lepas tengok gambar puding aku tu, kat bawah ini aku ada sertakan resepi ringkas..

PUDING CARAMEL
BAHAN UTK CARAMEL
1) 4sudu besar gula
2)2sudu besar air
BAHAN UTK PUDING
1) 3bj telur
2) 3/4 keping roti
3) 1sk esen vanila
4) 1tin susu cair
CARA MEMBUAT
-panaskan gula dalam loyang hingga gula cair.
-masukan air dan sejukkan.
-masukkan susu, telur dan roti yang dicarik2 dalam blender dan esen vanila.
-kisar hingga sebati.
-masukkan dalam loyang yang ada gula tadi.
-kukus dalam pengukus selama 45minit.

Selamat mencuba..

UNTUK INFO DAN PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE BOLEH HUBUNGI WATIEY. UNTUK JOIN KAMI SEBAGAI AHLI SHAKLEE. DENGAN MODAL RM75 DAPAT PULANGAN BERBALOI2.. BOLEH HUBUNGI DI BAWAH.. 




Baca lagi
Comments

MANGGA DAN KHASIATNYA


Sapa suka makan mangga? Buah mangga terkenal dengan keenakkannya.. Rasanya yang manis,masam dan lemak. Dah tentu buat siapa saja yang tengok pasti akan terliur. Termasuklah yang tengah menulis entri ni.. hehehe.. Terdapat berbagai jenis mangga di pasaran. Tahu tak buah ni hidup subur di beberapa buah negara termasuk Afrika, Burma, Malaysia, India dan Indonesia. Entri hari ini bukan nak cerita salasilah buah mangga ataupun rasa enak buah mangga ni. Tapi nak kongsi khasiat yang terdapat dalam buah mangga ni.
Mangga mengandungi kandungan gizi yang sangat kaya dengan mineral, vitamin, antioksidan dan enzim. Mangga merupakan salah satu sumber yang kaya dengan vitamin A dan vitamin C seperti mineral, kalium, kalsium dan fosfor. Badan kita memerlukan 50% khasiat vitamin A dan 50% khasiat vitamin C untuk keperluan harian kita. Dengan pengambilan mangga dalam diet seharian kita, bolehlah melengkapkan nutrisi vitamin A dan C dalam badan kita. Selain menjadi pencuci mulut, dapat juga khasiat nutrisi mangga. Best kan?

KHASIAT MANGGA UNTUK KESIHATAN

  • mangga mengandungi nutrisi dan sebatian bioaktif yang memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Penemuan ini menunjukan buah mangga menjadi alternatif dalam menggantikan ubat penurun lemak
  • mangga mengandungi beberapa faktor yang terlibat dalam metabolisme lemak kerana mengurangkan tahap peredaran hormon Leptin. Leptin dihasilkan oleh sel2 lemak dan tumpuan darah yang berkaitan dengan kandungan lemak badan. Apabila lemak badan meningkat, kadar Leptin juga meningkat. (Leptin memainkan peranan dalam mengawal nafsu makan)
  • asid tartarik, asid malik dan asid sitrik yang terdapat dalam mangga membantu mengekalkan kealkalian badan
  • enzim dalam buah mangga turut membantu proses penghadaman
  • khasiat dalam mangga membantu mengawal gula dalam darah
  • diet yang mengandungi mangga dapat menurunkan paras glukosa
  • kadar serat yang tinggi dalam mangga dapat membantu menurunkan serum kolestral LDL
Kajian juga menunjukkan bahawa polifenal mangga menyekat tindak balas keradangan dalam sel kanser. Kandungan antioksidan yang terdapat dalam mangga dapat membantu melindungi badan daripada jangkitan kanser seperti kanser usus besar, paru, leukimia dan prostat.. 
Jadi lepas ni, pada yang tak berapa nak suka nak makan supplement atau ubat boleh lah gantikan dengan mangga.. Dah tahu banyak khasiat mangga kan?? Jadi lepas ni jom kita pergi borong beli buah mangga.. Nak pulak sekarang tengah murah.. Jom kita!!! 

NAK INFO TENTANG PRODUK SHAKLEE?? NAK SERTAI KAMI SEBAGAI AHLI SHAKLEE??
SILA HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH...


Baca lagi
Comments

KHASIAT OMEGA GUARD UNTUK IBU HAMIL


Entri kali ini nak berkongsi khasiat Omega Guard Shaklee untuk ibu hamil. Sedia maklum tahu Omega Guard merupakan supplement yang sangat baik untuk ibu hamil. Omega Guard Shaklee terdiri daripada EPA dan DHA yang masing2 mempunyai khasiat terdiri untuk ibu hamil. Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul yang bertindak memekatkan asid lemak omega 3. Terdapat banyak khasiat yang dapat kita perolehi dengan omega 3 tapi untuk entri kali ini, kita nak kongsi tentang khasiat Omega Guard ini untuk ibu hamil.


Gabungan EPA dan DHA perlu untuk tubuh badan kita. EPA dan DHA merupakan komponen utama lemak Omega 3 yang paling bermanfaat. Setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik.Semasa hamil, zat omega 3 yang terdapat dalam badan ibu akan diserap oleh kandungan untuk perkembangan otak bayi. Jadi disarankan ibu hamil untuk untuk mengambil Omega Guard untuk menambah kandungan yang mencukupi untuk badan si ibu. Omega Guard juga penting bagi ibu kerana ia mempengaruhi kuantiti dan kualiti susu ibu yang baik untuk perkembangan bayi yang menyusu. Kajian menunjukkan, penggunaan Omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi. 


Pengambilan Omega Guard semasa hamil juga dapat mencegah kelahiran pra-matang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Selain itu, Omega Guard dapat mengatasi masalah tekanan dan kemurungan di kalangan ibu. Jika kekurangan pengambilan Omega Guard ibu hamil akan menghadapi gangguan emosi selepas kelahiran (meroyan) dan mungkin akan bertambah buruk. Ibu2 digalakkan untuk mengambil Omega Guard di termister kedua dan ketiga untuk membantu perkembangan otak anak. 
Omega Guard ni bukan sahaja berkhasiat untuk ibu. Tapi khasiatnya juga berguna untuk anak2 yang berusia setahun keatas. Hebatkan Omega Guard ni.. Sejak dari dalam perut lagi dah bagi khasiat pada anak. Kandungan EPA dan DHA yang terdapat dalam Omega Guard juga membantu mengurangkan risiko penyakit serius seperti jantung. Paras asid lemaknya membaiki kesihatan kardiaovaskular disamping membantu penglihatan, kesihatan otak dan fungsi sendi.. 

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN PRODUK DAN PEMBELIAN BOLEH HUBUNIGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH, 
NAK JADI SEBAHAGIAN DARIPADA KAMI, MODAL RM75 TAPI PULANGAN BERBALOI2!! PUN BOLEH HUBUNGI WATIEY 


Baca lagi
Comments

BERDASARKAN KISAH BENAR.. KENANGAN PAHIT DAH JADI MANIS

Bismillah..
Hari ni nak kongsi tentang testimoni my husband.. Sempena hari bapa.. Macam mana kenangan pahit bertukar jadi kenangan manis.. harap korang enjoy dan yang penting ini CERITA BENAR!!
Bulan 11 tahun 2012. Masa tu tengah mengandungkan anak bongsu Ammar Hadiff. Saya dikejutkan dengan berita kemalangan suami. Dari tempat kerja dah rasa semacam. Tapi masa berbual dengan suami di telefon suara dia tenang je. Dalam hati cakap, mungkin tak serius kot.. Padahal dalam hati Allah SWT je yang tahu.
Tiba dekat hospital masih tak nampak kelibat suami. Tunggu depan KECEMASAN dekat 15 minit baru kawan sekerja suami keluar dari kecemasan. Watiey pun ikutlah masuk untuk tengok keadaan suami.
Perasaan masa pertama kali tengok tu susah nak digambarkan. Tengok pada keadaan wajah dan badan yang penuh dengan darah. Seluar koyak.. Batu bercampur dengan darah di badan dan muka. Dalam hati kata.. Mesti tak tertanggung ni. Sebab watiey pernah berpengalaman jatuh motor jugak. 

KESAN KEMALANGAN HARI PERTAMA DI RUMAH
Walaupun tak serius mana. Tapi rasanya masih boleh terbayang azabnya.. Hanya yang dah berpengalaman je tahu.. Betul tak?Suami masih sempat berjenaka. Tak sakit katanya. Dalam hati nak nangis dah kuat2. Tapi fikirkan keadaan kita yang mengandung, teringat kata orang nanti boleh beranak kalau emosi terganggu.. Dah la dalam hospital. Tak pasal pulak tolak ke labour room nanti. Watiey ikut suami berbual..
Watiey tunggu sampai dia selesai cuci luka, x-ray dan banyak lagi rawatan lain. Tiba saat nak mencuci luka di muka. Saat paling gerun. Walaupun tak dapat nak masuk dalam bilik rawatan tu, tapi dapat tengok dari luar. Aduhai. Perit rasanya. Doktor kata terdapat sebiji batu melekat dalam kulit atas pipi. Nasib baik tak masuk dalam mata. Akibat dari itu, terbentuk lubang di kulit atas pipi. Jadi kena lakukan jahitan untuk tutup lubang itu dari jangkitan dan pendarahan. Dalam hati buat jelah apa yang patut. Dah tak sanggup nak tengok darah keluar. Kesan akibat jahitan itu, parut akan terbentuk dan akan menjadi lebih besar. Ataupun pilihan kedua, tidak memerlukan jahitan tapi bergantung pada nasib kalau lubang kesan parut tu dapat hilang atau jadi kesan sampai bila2. Dapat tak korang bayangkan kulit yang rata tiba2 ada lekuk lubang. Ngerikan?
Tapi suami tetap dengan keputusan tak nak jahit. Dan berserah. Cuma pesanan doktor, kalau luka tak sembuh dalam masa 1 ke 2 minggu, memang kena lakukan jahitan. Dan kena terima kesan parut kekal di muka.
Tipu kalau kita tak kisah muka kita ada cela. Walaupun sedikit, baik lelaki mahupun wanita. Muka adalah harta paling mahal yang kita ada. Keyakinan diri akan terganggu jika melibatkan sesuatu yang tak sepatutnya berlaku pada wajah. Luka di badan dapat juga nak ditutup dengan baju. Tapi dekat wajah macam mana nak ditutup? Macam2 produk dan krim kami cuba. Kesan masih sama.


Sehinggalah pada tahun lepas, kami bertemu dengan Shaklee. Dari berjinak2 menggunakan ESP. Sebab utama dapat pudarkan kesan parut. Kesan memang nampak. Sehinggalah saya syorkan Vita-E Shaklee pada suami. Selain amalkan makan sehari sekali. Suami turut menggunakan Vita-E sebagai masker. Sekarang alhamdulillah, hasil yang memang tak terjangka. Kesan parut bukan sahaja makin pudar tapi dah beransur hilang. Dia pun dah tak segan2 macam mula2 lepas kemalangan dulu. Semuanya gara2 Vita-E!! Semoga dengan perkongsian ini, ramailah sedar betapa bagusnya Vita-E ni... Saya pun dah terjebak sekali.. Alhamdulillah, kulit wajah suami saya dah bertambah elok dan extra makin licin dan tegang.. Kalah kulit saya!! Lagi best ramai dah mula menegur.. Tq Vita-E..

UNTUK INFO DAN PEMBELIAN PRODUK BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH.. 
NAK JOIN JADI AHLI SHAKLEE BERSAMA KAMI,, PULANGAN BERBALOI2.. 



Baca lagi
Comments

MEALSHAKE BANTUAN UNTUK ANAK BERPUASA

BISMILLAH

Pejam celik dah tak lama nak berpuasa.. Bagaimana dengan persiapan diri.. Bagi kita yang dah bergelar dewasa ni, rasa mungkin tiada masalah. Tapi baggi anak2 kita mungkin perasaan gementar, kurang keyakinan. Nak pulak baru pertama kali nak berpuasa. Ibu bapa pun tentu2 lagi bingung memikirkan keadaan anak ketika berpuasa nanti. Begitu jugalah dengan saya.. 
Tahun ni tahun pertama kakak, anak dara tunggal daku nak mulakan puasa. Macam ibu2 lain, saya pun gementar nak tunggu saat dia nak berpuasa. Dengan sekolah lagi, nak pulak sekolah taska campuran. Godaan depan mata haruslah 100% hebatnya. Tapi persediaan awal dah saya lakukan. Permahaman tentang berpuasa itu penting supaya mereka akan mengerti kenapa perlu berpuasa. Kenapa tak boleh makan waktu siang. Kenapa perlu tahan dahaga.. Dan banyak lagilah.. 

PERSEDIAAN DARI SEGI PEMAKANAN
Dah namanya budak, makan atau minum mereka kadang kala tak kena pada waktunya. Bila rasa lapar ke dahaga ke, tak perlu disuruh atau dipaksa. Mereka akan ambil sendiri. Jadi perhatian lebih kena bagi bila time puasa nanti. Bukan mereka ni nak bagitau bila nak makan atau minum. Di taska nanti dengan kawan2 sekeliling lagi. Mungkin akan menyebabkan puasa yang yok terjadi ni!! 
Tenaga mereka pun bukanlah seperti orang dewasa. Sebab itu, mereka harus diajar sedikit demi sedikit. Dari puasa suku hari akan bawa kepada setengah hari dan akhirnya puasa penuh. 
Untuk dapatkan puasaa penuh memerlukan tenaga yang banyak. Ini kerana kanak2 ni tak kira puasa atau tak, bermain adalah rutin wajib mereka. Jadi bila dah mula bergerak, berlari lama - kelamaan mulalah rasa penat. Rasa penat nanti bertukar pada lapar. Mulalah nak merengek, melepek dek kerana tenaga kehabisan..

TAPI.. Sekarang dah ada MEALSHAKE.. Jujur saya katakan. Tak sabar nak sambut kedatangan bulan Ramadhan. Nak bagi kakak tenaga tambahan yang ada dalam MEALSHAKE. Walaupun MEALSHAKE ni membantu dalam menambah selera makan anak. Tapi dalam masa yang sama, kandungan protein yang ada dalam MEALSHAKE dapat memberikan tenaga juga pada mereka. Seperti yang kita tahu protein akan bertukar pada tenaga. Tenaga akan membantu memberi stamina dalam badan. Bila badan dah bertenaga, puasa pun tak ada efek apa2. 
Selain itu, sumber soya yang ada dalam MEALSHAKE dan kandungan serat yang tinggi dah cukup dalam memberi badan anak kita rasa kenyang dan segar seperti makan makanan yang bernutrisi tinggi. Walaupun anak tak makan sayur tau!! Hebatkan??!! Sebab itu saya teruja sangat nak tunggu bulan Ramadhan tak lama lagi.. Nak tengok kakak berpuasa dengan sihat dan segar.. Cara pengambilan MEALSHAKE yang mudah dan senang dihadam selain rasanya yang sedap. Ini akan menjadikan kerja saya lebih mudah. Hanya bancuh dalam minuman kesukaan mereka, dah dapat khasiat sepenuhnya. Jadi elok sangat beri masa bersahur. Unutk pastikan tenaga berpanjangan sehingga waktu berbuka. 
Jadi bagaimana pula dengan korang?? Dah sediakan nutrisi hebat, tenaga tambahan untuk bantuan anak berpuasa tak lama lagi?? Kalau belum jom kita sediakan MEALSHAKE untuk mereka! 

UNTUK INFO DAN PEMBELIAN PRODUK BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH.
NAK JADI AHLI SHAKLEE DENGAN BERMODALKAN RM75 DAPAT PULANGAN BERBALOI2!! 
Baca lagi
Comments

VITA-E BUAT ISTERI SAYANG SUAMI


Saya sayang suami saya!! Korang saya tak suami korang?? Buat suami diiluar sana, ingin disayangi isteri anda?? Jawapannya ada disini.. Jadi jom baca entri ini untuk bongkor rahsia disayangi dan menyayangi..

PENGENALAN
Tahukah anda, kadar kemandulan lelaki di negara kita sudah meningkat. Dari 15% kepada 30% dalam temmpoh 5 tahun. Sebenarnya kita sendiri pun tak sedar bagaimana ini boleh terjadi. Dan haruslah diingati bahawa masalah kemandulan ini bukan hanya berlaku pada usia muda sahaja. Tapi boleh terjadi walaupun sudah mempunyai zuriat. Antara masalah yang kerap dialami oleh para suami:
  • langsung tidak mempunyai sperma (azoosperma) 
  • lelaki kekurangan sperma yang baik (oligosperma)
rasa kurang menyengat buat hubungan jadi hambar

Masalah ini berlaku disebabkan saluran sperma atau epididymis yang tersumbat. Puncanya?? Mungkin disebabkan oleh beberapa punca seperti dibawah:
  • pemakanan
  • persekitaran 
  • penyakit yang memberi efek 
  • jangkitan kuman 
  • terkena sepakan atau hentakan kuat dibahagian alat sulit
  • lelaki yang aktif bersukan
PENYELESIANNYA
Sedia maklum tahu kehebatan vitamin E. Bertindak sebagai penawar untuk mengubati penyakit jantung dan kanser. Selain itu, vitamin E ini berkait rapat dengan kesihatan dalaman lelaki. Vitamin E bertindak mengubati masalah kemandulan dan memberi kesihatan yang lebih baik dalam mengatasi masalah kelakian ini. 
Vitamin E Shaklee merupakan vitamin yang sangat bersesuaian dalam membantu mengatasi masalah ini. 
Vitamin E Shaklee merupakan vitamin yang lengkap dengan sebatian yang diperlukan dan kaya dengan khasiat vitamin E. Vitamin E  membantu mengatasi masalah para suami untuk memastikan kesihatan mereka bertambah baik. Jom kita tengok antara khasiatnya. 

KHASIAT VITA-E SHAKLEE
  • membantu dalam menghasilkan hormon seks 
  • merangsang libido (keinginan seks) kerana ia meningkatkan paras testeron dalam badan
  • memperbaiki kuantiti sperma 
  • memperkuatkan sperma untuk bertemu dengan ovum 
  • memberi tenaga optimum ketika bersama
Semoga perkongsian ini dapat memberi peluang pada para suami dan isteri diluar sana mengecapi kebahagian berumahtangga. Selain untuk suami, VITA-E juga bertindak sebagai "pelincir" bagi wanita ketika bersama. Hebatkan?? Jadi mulakan pengambilan VITA-E untuk menyelami alam rumahtangga yang lebih bermakna. Rebut peluang untuk dapatkan VITA-E sempena promo VITA-E bulan ini. Beli 6 PERCUMA 1!! Berbaloi2.. 

UNTUK SEBARANG INFO DAN PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH.. 
NAK JOIN KAMI SEBAGAI AHLI SHAKLEE?? PULANGAN BERBALOI2 MENANTI ANDA!! 








Baca lagi
Comments

Jom join jadi ahli shaklee!

MACAM MANA NAK JADI AHLI SHAKLEE? 

Bayaran sebanyak RM75 untuk keahlian seumur hidup. Jika kita walkin di branch bayaran akan jadi RM65. RM10 tu untuk cas penghantaran. Shaklee akan hantar kita punya starter kit terus ke alamat. Dalam starter kit tu ada tentang shaklee dari A ke Z. Bagi yang tak faham dalam group watiey ada sediakan dengan lebih mudah untuk difahami dan boleh bertanya. Sebab dalam group terdiri daripada wanita2 perkasa yang berpengalaman dan dah berjaya dalam shaklee.
Selain bayaran, ada juga pendaftaran secara percuma sebagai ahli. Macam mana nak dapatkan?? Senang je. Dengan pembelian sebanyak RM600 dan keatas, secara automatiknya kita akan mendapat keahlian secara percuma. Ini kerana dari setiap pembelian 200UV keatas akan automatik jadi ahli. Apa itu 200UV??



CASH BONUS
Unit Volume (UV) adalah mata yang kita dapat dalam setiap pembelian produk shaklee. UV yang kita dapat tu bukan sekadar mata. Tapi UV @ mata yang kita ada tu akan dibayar oleh shaklee kepada kita dalam bentuk "cash money". Pembayaran dibuat terus ke akaun simpanan korang. Dan paling best, pembayaran dibuat pada setiap tengah bulan!.

CAR BONUS
Bagi yang mengimpikan kereta idaman. Shaklee akan membantu korang. Shaklee akan beri duit untuk pembayaran atau kita boleh simpan duit tu. Terserah! 

CONVENTION BONUS
Sapa nak bagi percutian yang ditaja sepenuhnya. Siap hotel 5 bintang lagi!! Bukan calang orang boleh bagi. Selain ke luar & dalam negara, shaklee juga ada membuat tajaan menunaikan umrah!

Menjadi ahli tak semestinya kita kena mulakan bisnes. Untuk makan sendiri pun boleh. Kalau pikir susah nak order, watiey boleh tolong orderkan untuk korang. Penghantaran shaklee buat sampai ke rumah. Sekarang pun dah ada shaklee online. Semua dihujung jari. Kalau kita nak lebih kita boleh mulakan bisnes shaklee. Kalau tak beli produk dengan harga ahli yang jauh lebih murah. Best kan!
Baca lagi
Comments

HISAP JARI.. KESAN BURUK DAN LANGKAH ATASINYA

Bismillah.


Hisap jari adalah perlakuan biasa bagi kanak - kanak kecil. Perlakuan ini memberi keselesaan dan rasa selamat pada mereka. Tetapi jika berlarutan ia boleh menjadi tabiat yang sukar untuk dikawal. Namun demikian, ibu bapa tak perlu bimbang, kerana tabiat ini akan hilang apabila usia mereka meningkat kelak. 
Menurut kajian, hisap jari adalah tindakan refleks bagi bayi  yang normal. Sebenarnya banyak lagi tindakan refleks yang lain selain menghisap jari seperti menghisap jari kaki, mengerutkan jari - jari kaki, menggengan jari jemari  kita apabila kita merasa tapak tangan atau jari2 mereka. 
Sebenarnya ittu semua adalah permulaan kepada pergerakan yang lain seperti meniarap, merangkak, memasukan benda yang dicapainya ke dalam mulut dan banyak lagi pergerakan lain. Bagi sesetengah ibu bapa menganggap menghisap jari adalah sesuatu yang normal. Dan ada segelintir saja yang memandang remeh hal ini. Sebenarnya menghisap jari bukanlah sesuatu yang baru. Ini keran bayi mula menghisap jari dari dalam kandungan lagi. 

KESAN PADA PERTUMBUHAN GIGI DAN MULUT

KESAN NEGATIF AKIBAT HISAP JARI

Menurut satu kajian, kanak2 yang berusia bawah 6 tahun lebih berisiko tinggi mendapat kesan negatif akibat menghisap jari. Ini kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif. Apabila ada tekanan di lelangit, sisi dan rahang ia akan mengubah bentuk asal bahagian mulut. 
Kanak2 yang menghisap jari biasa akan mengalami gangguan pertumbuhan gigi yang kurang teratur. Sesetengah daripada mereka akan mengalami masalah gigi kedepan @ jongang. Tapi ibu bapa boleh mengambil langkah untuk megatasi masalah ini. 

LANGKAH UNTUK MENGHENTIKAN 
  • cuba sibukkan anak dengan mainan yang boleh dipegang
  • jangan terus menarik jari mereka, ini akan lebih membuatkan mereka cenderung untuk teruskan tabiat ini
  • mulakan dengan kata2 semangat supaya mereka lebih yakin untuk berhenti menghisap jari
  • tunjukan akibat buruk pada tabiat mereka itu
  • boleh cuba sapukan sesuatu yang masin atau masam yang boleh memberi rasa kurang enak pada jari mereka
Jika langkah diatas diamalkan. Insyaallah akan berhasil juga! Yang penting kita sebagai ibu bapa haruslah kuat semangat dan sabar. Itu yang penting! Semoga perkongsian ini akan dapat membantu ibu bapa di luar sana. Sekian.. 

UNTUK PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DAN INFO LANJUT MENGENAI PRODUK.. 
INGIN SERTAI KAMI SEBAGAI AHLI SHAKLEE?? PULANGAN DAN MANFAAT BERGANDA MENANTI!! BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH..




Baca lagi
Comments

PRODUK SHAKLEE UNTUK PELANGSINGAN

Bismillah..
Gemuk?? Tak kiralah yang sejak azali mahupun mengikut arus usia. Tapi sekarang ni nak dapatkan berat badan ideal bukanlah sesuatu yang sukar. Zaman sekarang ni bermacam cara ada untuk kembali slim.Nak pulak sekarang produk perlangsingan tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan.Selak saja majalah ke surat khabar ke mesti ada iklan produk perlangsingan. Kadang kala disebabkan kemunculan bermacam produk perlangsingan membuatkan kita jadi takut dan was-was akan keberkesanannya. Menjadi trend, kalau produk baru mesti populariti melambung. Produk laris.Namun lama kelamaan akan senyap macam itu saja. Produk Shaklee untuk slim pula dah berada lama dalam pasaran tetap hangat diperkatakan. Sebut saja Alfalfa, Lecithin, Herb-lax, ESP mahupun Omega Guard. Semua akan tahu itu adalah produk perlangsingan Shaklee. 
Jika kita lihat kebanyakan produk pelangsingan yang ada di Malaysia ni semua menunjukkan kesan impak keberkesanan dalam tempoh yang singkat. Seperti Shaklee, kita masih mengekalkan strategi proses penurunan yang sama dari dulu sampai sekarang. Produk Shaklee untuk pelangsingan badan memang dah cukup terkenal sejak dulu hingga sekarang. Keistimewaan diperbuat daripada bahan semulajadi. 
BAKAR, BUANG dan BINA. 3 cara selamat untuk dapatkan kembali berat badan. Selain bertindak mengembalikan berat badan ideal. Yang paling best, produk Shaklee untuk slim bukan hanya bermanfaat untuk dapatkan berat badan ideal saja. Tapi turut mempunyai beberapa fungsi lain yang turut bermanfaat pada tubuh badan kita. Sebagai contoh Alfalfa turut dikenali dengan 1001 kahsiatnya. Omega Guard juga bagus dalam membantu perkembangan otak anak kita. Begitu juga dengan ESP yang memang umum dah tahu kehebatannya dalam membantu mengatasi masalah kesihatan. Jadi dah dapat lebih dari satu kebaikan. 
Shaklee menawarkan beberapa pilihan dalam produk perlangsingannya. Mudah untuk kita sebagai pengguna untuk memilih produk mengikut kesesuaian kita dan dalam masa yang sama masih berfungsi berkaitan perlangsingan. Jom kita tengok antara pilihan produk Shaklee untuk slim. 

                                     
                             

Apa yang bestnya tentang produk perlangsingan Shaklee ni, kita boleh memilih mengikut budget kita. Jadi semua orang boleh mencuba. Tiada alasan kalau ada yang mengatakan produk perlangsingan Shaklee ni MAHAL. Tak perlu nak "skip" makan ataupun berpantang macam. Hebatkan!! Jadi dapatkan dengan segera untuk merasai sendiri khasiatnya. 

UNTUK PEMBELIAN DAN INFO LANJUT BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH.. 
BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SHAKLEE DENGAN BERMACAM FAEDAH DAN PULANGAN HEBAT??JOM SERTAI KAMI.. 










Baca lagi
Comments

KULIT CANTIK MENAWAN DENGAN VITA-E SHAKLEE

Bismillah..
Masih dalam mood nak mencantikkan diri untuk persediaan raya tak lama lagi. Bukan lah nak melaram terlebih tapi untuk sedap mata memandang. Tak salah rasanya.. Lagipun bukan menggunakan bahan terlarang, sekadar mengamalkan supplement semulajadi saja. Untuk entri kali ni nak kongsi lagi tentang kebaikan Vitamin E Shaklee. Sedia maklum tahu bulan ni promosi untuk Vita-E Shaklee. Jadi watiey nak kongsikan beanyak info tentang khasiat kegunaan Vita-E Shaklee ni. Jadi lepas ni ramai yang berpusu2 nak dapatkan sebab dah tahu manfaat dia.


Seperti kita tahu, Vitamin E dengan kecantikkan memang tak dapat dipisahkan. Tengok saja penggunaan Vitamin E dalam alat solek, krim muka, sabun dan banyak lagilah termasuk juga bedak talkum. Mesti ada kandungan Vitamin E yang terselit sama. Kan? Ini kerana vitamin E kan antioksidan yang tinggi. Yang memang terbaik dalam menlindungi kulit dan sel kulit. Selain sifatnya yang mudah menyerap dalam sel kulit dan juga tubuh kita. Vitamin E merupakan sebatian yang melawan radikal bebas yang berbahaya dengan cara meneutralkannya. Radikal bebas adalah punca penyakit yang boleh terbentuk dalam badan kita. Dengan pengambilan Vitamin E dapat melawan punca2 ini daripada terus terbentuk.

PERANAN VITA-E SHAKLEE PADA KULIT MUKA

  • Vita-E bertinfak melindungi kulit daripada sinaran UV, pencemaran dan elemen lain yang boleh menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel2. 
  • Vita-E membantu kulit kelihatan muda dengan mengurangkan kemunculan garisan halus dan kedutan. 
  • Vita-E yang diserap ke lapisan epidermis bertindak sebagai pelindung matahari
  • Vita-E membantu merawat psoriasis
  • Selain itu, Vita-E bertindak mencegah kanser. Sinaran matahari dan kesan radikal boleh menyebabkan berlakunya kanser

MANFAAT VITA-E PADA KULIT
  • membantu mengurangi bekas luka
  • membantu mencegah kemunculan bintik hitam 
  • membantu mengimbangi minyak dalam kulit
  • mengurangkan transpidermal (kehilangan air) dari kulit dan menguatkan fungsi kulit pelindung
  • membantu mengecilkan pori2 wajah 
  • meningkatkan kelembapan kulit
  • menghilangkan jeragat
  • menegangkan kulit wajah 
Jadi tak hairanlah kenapa Vitamin E ni banyak digunakan dalam produk kesihatan. Dengan mengamalkan pengambilan Vita-E dapat memberikan kita kulit yang sihat dan lebih licin. Selain memberikan kesihatan pada tubuh kita. Jadi apa kata dapatkan sekarang sementara promosi Jun ni.. Beli 6 PERCUMA 1!! 

UNTUK INFO DAN PEMBELIAN HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH, 



Baca lagi
Comments

TIPS UNTUK MERIAHKAN SUSU BADAN


Pastinya bagi wanita yang baru bergelar ibu, masalah kekurangan susu adalah MASALAH UTAMA. Keluhan seperti "susu tak ada", memang ayat sinonim di awal kelahiran. Yang dah berpengalaman bersalin anak kedua ke ketiga ke turut akan melalui masalah ini. Ini pula ibu yang baru pertama kali melahirkan. Jadi entri kali ni saya nak kongsikan TIPS UNTUK MERIAHKAN SUSU BADAN. Semoga selepas ni boleh kita praktikkan dan dah tak perlu nak risau2 lagi!

TIPS UNTUK MEMERIAHKAN SUSU
  • urutan dapat merangsang pengeluaran susu. Lakukan urutan lembut disekeliling payudara sebelum menyusukan
  • mandi dengan air panas juga boleh merangsang pengeluaran susu ibu
  • amat penting untuk kita memulakan penyusuan seawal setengah jam kelahiran
  • kerapkan tempoh penyusuan untuk merangsang atau mendapatkan stimulasi
  • bertenang dan fahami situasi. Penting untuk ibu bertenang dan memahami situasi kerana ia juga dapat merangsang pengeluaran susu dengan lebih baik berbanding ibu yang panik
  • makan makanan yang boleh membantu merangsang pembentukan susu seperti contoh oatmeal/bijirin, sayuran dan buahan, makanan yang berprotein tinggi seperti soya dan badam
  • amalkan juga makanan sunnah seperti kurma, delima, madu, air zamzam dan susu kambing
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu diluar sana lebih peka. Yang penting jangan mudah panik. Galakan daripada suami dan keluarga juga penting. Jadi lepas ni kalau bersalin lagi dah tahu apa perlu lakukan.. Juga peringatan untuk diri saya! 
Shaklee juga ada menyediakan supplement untuk membantu masalah susu berkurangan. 

UNTUK INFO LANJUT DAN PEMBELIAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA SEPERTI DIBAWAH.. 


SHARING IS CARING..





Baca lagi
Comments

TIPS PEMAKANAN SIHAT DI TEMPAT KERJA UNTUK KEKAL SLIM


Bismillah..
Dalam mood nak menguruskan badan banyak perlu kita lakukan. Bukan setakat pengambilan supplement je. Entri kali ini nak kongsi tips untuk korang yang sedang berdiet dan nak kekal slim. Tapi suasana kita ubah sikit. Kita ambil suasana di tempat kerja. Sebab kebanyakan masa untuk lemak dalam badan tu diproses adalah di waktu siang. Waktu siang pula waktu kita bekerja. Setakat makan supplement tapi pemakanan tak jaga jangan salahkan orang lain pula. Muncul pula kata2 kenapa saya makan tapi still tak nampak kesan. Kenapa lama sangat nak nampak kesan. 
Kadang kala kita rasa kita dah diet, dah kurang makan tapi hakikatnya TIDAK! Nak tahu kenapa sebab cara pemakanan kita tetap tak berubah lagi. Nak pula waktu bekerja. Ada saja makanan penambah lemak, makanan tak seimbang yang menyebabkan berat badan naik. Agak sukar untuk dapatkan makanan sihat di tempat kerja. Kalau diri kategori orang rajin boleh dimaafkan. Tapi rasanya banyak SEBALIKNYA.. 
Antara faktor utama :
  • kesibukan di tempat kerja
  • kesukaran mendapatkan makanan sihat yang seimbang
  • nak menjimatkan masa kerana waktu rehat yang terhad
Disebabkan faktor inilah masalah kegemukan dan diet jadi ke laut!!Jadi watiey ada beberapa tips yang boleh membantu untuk pastikan korang mendapat khasiat pemakanan yang sihat dan betul untuk kekal slim dan selamatkan diet korang.. Jom layan...

JANGAN TINGGALKAN SARAPAN 
  • sarapan merupakan makanan pertama yang badan terima setelah semalaman tidur. Jadi sarapan amat penting untuk meningkatkan produktiviti kerana dapat mengurangkan keletihan, rasa mengantuk dan membantu meningkatkan tumpuan kita. Ini kerana apabila kita bangun dari tidur, metabolisme otak meningkat sehingga memerlukan glukosa sebagai tenaga. 
  • menu cadangan untuk sarapan yang berkhasiat adalah makanan yang memerlukan masa untuk dicerna kerana kita memerlukan tenaga yang lebih sebelum menjelang waktu makan tengah hari. Contoh makanan yang boleh diambil: roti gandum bersama telur dadar (boleh dicampurkan dengan bawang, lada & tomato)

 MAKAN TENGAH HARI

  • makanan tengah hari di tempat kerja penting kerana makanan tengah hari memenuhi keperluan tubuh terhadap serat, protein & 
  • karbohidrat. Menu yang sihat haruslah mengandungi 50% sayur dan buah, 25% protein dan 25% karbohidrat. 
  • tak salah untuk menukar selera sekali sekala tapi pastikan tidak terlalu kerap

MAKANAN RINGAN
  • musuh paling digeruni. Godaan dari makanan yang dibawa oleh rakan sekerja yang kadang kala beraneka macam. Tapi jangan risau, boleh kalau nak makan tapi pastikan tidak mengandungi bahan yang boleh mengundang lemak. Elakkan daripada pengambilan makanan yang digoreng kerana mengandungi lemak yang berlebihan. 
  • menu boleh ditukar kepada sesuatu yang lebih sihat seperti contoh makanan yang direbus, biskut bijirin, yogurt & coklat. 

MINUM PETANG
  • kopi dan teh merupakan peneman setia waktu minum petang. Kadang kala ia seperti satu tabiat kepada sesetengah individu. Sebenarnya ia boleh diambil tapi pastikan tidak terlalu banyak. 
  • cadangan hidangan minum petang - 1 sudu teh @ kopi dengan setengah sudu gula. Elakkan penggunaan krimer kerana hanya akan menambah kalori

Pastikan pengambilan waktu makan kita bersesuaian. Sebenarnya untuk pastikan kita sentiasa sihat bukan bermakna setiap hari harus makan makanan sihat. TIDAK.. Sekali sekala kita boleh makan makanan yang kita idamkan tapi pastikan kita disiplinkan diri. Hasilnya nanti untung pada kita juga.. 
Jadi selamat mempraktikan tips ni.. SHARING IS CARING

UNTUK PEMBELIAN PRODUK DAN INFO PRODUK BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH.. 




Baca lagi
Comments

SELAMAT DATANG BULAN SYA'ABAN


Salam Sya'aban diucapkan.. Sepatutnya entri ni diawal kedatangan Sya'aban. Tapi tak kisahlah. Janji dapat dikongsi dengan korang semua. Jom sama2 kita ketahui dengan lebih teliti makna disebalik bulan Sya'aban ni. Supaya kita dapat sama2 memperoleh manfaatnya.. 
Sya'aban membawa maksud 'bulan pemisah' kerana ia memisahkan antara bulan Rejab dan bulan Ramadhan. Rejab dianggap bulan ujian manakala Ramadhan pula sebagai bulan latihan. Maka Sya'aban yang mulia ini adalah bulan PERSEDIAAN. Persediaan untuk apa?? Persiapan melakukan kebaikan sebanyak mungkin. Dalam bulan Sya'aban ini kita digalakkan untuk bertaubat dan memohon keampunan diatas keterlanjuran disepanjang bulan ini. 
Sabda Rasullah SAW yang berbunyi..
"Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku". Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani). Jadi apa kata kita sambut kedatangan bulan Sya'aban dengan keinsafan dan kesedaran. Caranya dengan:
  • perbanyakkan amal soleh 
  • berpuasa
  • solat sunat
  • menolong meringankan penderitaan fakir miskin
  • membantu meringankan beban anak yatim 
Dalam bulan Sya'aban juga terdapat peristiwa penting. Iaitu MALAM NISFU SYA'ABAN. Malam ke-15 dalam bulan Sya'aban yang nilai malamnya lebih baik daripada seribu bulan! Subhanallah..

                       
Jadi apakata rebut peluang untuk persediaan kita sebelum Ramadhan.. Tak susah nak dapat pahala bukan.. Sesungguhnya Islam itu mudah untuk didalami.. 

SHARING IS CARING

UNTUK PERTANYAAN PRODUK SHAKLEE DAN INFO LANJUT BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH.. 


Baca lagi
Comments

ZINC COMPLEX BANTUAN UNTUK ARJUNA


Perlukan bantuan?? Bantuan untuk apa?? Khas untuk Arjuna sahaja!! 
Gempak tak entri kali ini??!! Sekadar nak membantu. Asyik tengok Dara je mantap sana sini. Hebatkan aset atas bawah. Takkan Arjuna nak kekal ditahap sama.. Sampai bila?? huhuhu.. Jadi entri kali ni nak bagi peluang pada Arjuna pulak.. ZINC COMPLEX BANTUAN UNTUK ARJUNA!!

Firstly,
 Bismillah..Assalam.. 
Zinc mempengaruhi kesuburan lelaki, potensi nafsu seks dan kesihatan seksual jangka panjang. Zinc penting untuk kaum lelaki kerana 10 kali ganda lebih dari organ lain yang terdapat dalam prostat lelaki terdiri daripada Zinc. Kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai tahap Zinc yang rendah dalam badan menghasilkan sperma yang kurang berkualiti. Dalam kajian yang dijalankan di Australia yang disiarkan dalam "Asian Journal of Andrologi" pada tahun 2009, penyelidik menkaji kesan zinc pada 458 orang lelaki. Hasilnya mendapati bahawa tahap Zinc dalam badan telah dikaitkan dengan jumlah sperma, proses yang dipanggil spermatogenesis. Ia juga mendapati bahawa kekurangan Zinc boleh membawa kepada disfungsi gonad dan penurunan berat testis dan boleh mengurangkan tahap testosteran. 



BAGAIMANA ZINC COMPLEX SHAKLEE MEMBANTU 
Zinc Complex dirumus dari Zinc Glukonat Semulajadi yang bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalium dan serbuk Alfalfa untuk menghasilkan Zinc yang mudah diserap oleh badan. Zinc Complex juga membantu pengeluaran sperma selain berfungsi  membantu dalam meningkatkan kualiti sperma. Zinc Complex membantu mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat dan membantu mengurangkan potensi pada kanser prostat dan pembesaran prostat. Ia juga bertindak meningkatkan paras testeron dalam badan untuk hubungan seksual yang baik!
Pengambilan Zinc Complex dapat menghalang pertumbuhan hormon wanita dalam badan lelaki dan secara langsung merencatkan pertumbuhan buah dada pada lelaki! Sebab itu tak mustahil lelaki pun boleh hamil! Zinc Complex juga kaya dengan khasiat yang sama terdapat dalam minyak ikan dimana bagus untuk mereka yang mengalami masalah keletihanan dan kelesuan. 



LAIN2 KHASIAT ZINC COMPLEX UNTUK ARJUNA
  • membantu masalah organ seks lambat matang
  • membantu perkembangan testikal terbentuk
  • meningkatkan kiraan sperma yang rendah
  • mengatasi masalah penuaan pra-matang
  • mengatasi kemerosotan fungsi seksual
  • membantu masalah mati pucuk
Bagi Arjuna diluar sana, pastikan kesihatan dalaman sentiasa baik. Ini kerana seorang lelaki bukan hanya perlu nafsu yang sihat sahaja. Tetapi memerlukan sperma yang aktif yang mampu bergerak dengan pantas. Sel sperma perlu kuat dan mempunyai ketahanan yang tinggi dalam memastikan tahap kesuburan terjamin. Sedikit info tentang penggunaan Zinc Complex dalam badan seorang lelaki, setiap ejakulasi boleh mengeluarkan sehingga 5mg Zinc atau hampir keseluruhan daripada jumlah keperluan harian manusia! Jadi segera dapatkan Zinc Complex Shaklee sekarang!!

UNTUK PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DAN INFO LANJUT TENTANG PRODUK DAN PEMBELIAN, BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI TERTERA DIBAWAH.. 







Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top