Comments

OBESITI DIKALANGAN KANAK-KANAK

Entry mlm ni kita cerita tentang masalah Obesiti dikalangan kanak - kanak. Terpanggil utk berkongsi tentang masalah yang boleh dikatakan sering berlaku disekeliling kita. Dalam surat khabar banyak keluar tentang kanak - kanak yang menderita sakit jantung, kencing manis. Penyakit yg sepatutnya kita fikir untuk orang dewasa. Sedih sangat tengok nasib anak2 obesiti ni. Tapi yg hairannye, ada segelintir ibu bapa macam sambil lewa tentang masalah obesiti ni. So hari ni kita nak ambil kesedaran tentang bahaya dan kesan OBESITI. 

APA ITU OBESITI
Pengalaman lemak yang berlebihan dalam badan.Dikategori sebagai berpenyakit disebabkan tisu-tisu lemak yang berlebihan yang boleh menganggu dan mencederakan organ-organ badan. Malah boleh memendekkan jangka hayat!!!
Mereka yg tergolong dalam golongan OBESITI adalah mereka yg mempunyai berat badan lebih berat dari berat badan ideal. 

PUNCA OBESITI
Antara punca-punca utama yyg menjadi punca OBESITI :
  • persekitaran 
  • pemakanan
  • kesan daripada amalan hidup yg kurang sihat
  • tabiat pemakanan
  • kurangnya aktiviti sosial spt bersenam
  • aspek keturunan
Sikap ibu bapa juga memainkan peranan. Aspek seperti keturunan juga sebab utama. Ini kerana ibu obesiti yang hamil mempunyai unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi paras normal secara automatik akan diturunkan dan diserap oleh bayi dalam kandungan.
Peningkatan kedai makanan segera yang naik bak cendawan pun salah satu faktor. Tengok iklan yang menawarkan makanan yg cukup menyelerakan. Jangan kata anak-anak, ibu bapa pun terliur. 
Pemakanan yang tidak sihat yang boleh dikatakan dimakan hampir setiap hari. Ini kerana penggunaan garam, gula & lemak yang berlebihan. Nak tahu apa?? 


                                 

                  
Kat atas ni boleh dikatakan makanan favourite anak-anak kita. Setuju?? 

KESAN OBESITI

  • risiko sakit jantung
  • penyakit kardiovaskular 
  • kencing manis @ diabetes
  • kanser
  • darah tinggi 
  • strok
Paling memeranjatkan, kesan sampingan obesiti boleh menyebabkan kesihatan mental. Ini kerana emosi mereka terganggu disebabkan rasa rendah diri, ejekan rakan dan kurang keyakinan diri. Pergerakan mereka yg terbatas juga menyebabkan mereka tak dapat menikmati kehidupan seperti orang lain.

PENCEGAHAN
Ibu bapa
Ibu bapa memainkan peranan penting. Mereka harus memastikan anak2 mengambil makanan yg sihat. Gaya hidup yg lebih sihat seperti bersenam, berjogging, riadah. Jadikan sebagai satu amalan utk mendisiplinkan mereka.
Perubatan
Banyak supplement dan ubat-ubatan khas utk obesiti diperkenalkan. Tapi kita harus bijak dalam memilih supplement yg bersesuaian dan selamat utk anak kita. Pastikan yang semulajadi dan tidak mempunyai kesan sampingan.
Pemakanan
Perkenalkan makanan yg lebih sihat untuk anak2 kita. Kita harus mulakan langkah dahulu. Amalkan pengambilan sayuran dan buah-buahan dlm pemakanan kita setiap hari. Pendedahan bahayanya pengambilan makanan yg kurang sihat.
Psikologi
Pastikan mereka tidak mengalami sebarang gangguan emosi. Sentiasa pastikan mereka yakin dgn diri mereka. Ini kerana kanak-kanak yg obesiti mempunyai perasan rendah diri kerana bentuk fizikal mereka. Pergaulan antara rakan dan ibu bapa memainkan peranan.
Aktiviti Fizikal
Amalan sihat seperti bersenam, berjogging. Amalkan riadah setiap kali ada masa terluang.



Masalah obesiti boleh dielakkan jika kita amek berat pada cara pemakanan dan persekitaran. Cara pemakanan yg betul juga harus ditekankan pd anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa memainakan peranan penting. Pastikan mereka tidak bergantung pada makanan segera. Elakkan pengambilan makanan lewat malam.
Kita selalu memandang remeh bila penyakit tu kurang diekspos. Walaupun obesiti tak sebahaya H1N1 tapi kesan jangka panjang yang boleh menyebabkan kematian!! So kita sebagai ibu bapa haruslah memainkan peranan kita. Jangan kita tengok anak gemuk kita suke tp dlaman pada fizikal anak juga harus diamek berat. Sayangi cahaya mata kita.

utk info mengenai supplement kesihatan boleh hubungi watiey,















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top